Menyemak Status dan Log Cetakan

Anda boleh menyemak status cetakan semasa dan log untuk dokumen bercetak.
Apabila <Papar Log Kerja> ditetapkan kepada <Tak Aktif>, anda tidak boleh menyemak log cetakan. <Papar Log Kerja>
Berguna dalam Kes Berikut
Apabila dokumen anda tidak dicetak untuk tempoh yang lama, anda mungkin ingin melihat senarai menunggu bagi dokumen yang menunggu untuk dicetak.
Apabila anda tidak dapat mencari cetakan anda yang anda fikir telah dicetak, anda mungkin ingin melihat sama ada ralat telah berlaku.
1
Pilih <Pgawas Status>.
2
Pilih <Kerja Salin/Cetak>.
3
Semak status dan log cetakan.
Untuk menyemak status cetakan
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak statusnya dalam tab <Status Kerja Salin/Cetak>.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Untuk menyemak log cetakan
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak lognya dalam tab <Log Kerja Cetak>.
<OK> dipaparkan apabila dokumen berjaya dicetak dan <Ralat> dipaparkan apabila dokumen gagal dicetak kerana ia telah dibatalkan atau terdapat beberapa ralat.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Nama dokumen atau nama pengguna yang dipaparkan mungkin tidak menggambarkan dokumen atau nama pengguna sebenar.
Apabila nombor tiga digit ditunjukkan sekiranya <Ralat>
Nombor ini mewakili kod ralat. Langkah tindakan untuk Setiap Kod Ralat
29WY-057