Membuat Persediaan untuk Menggunakan Mesin sebagai Pengimbas

Untuk menggunakan mesin ini sebagai pengimbas, anda mesti melengkapkan persediaan terlebih dahulu, termasuk pemasangan perisian ke komputer. Untuk maklumat lanjut, lihat manual untuk pemacu berkaitan di laman web manual dalam talian. Dalam Windows, apabila menyambung mesin ini ke komputer melalui LAN wayarles atau berwayar, anda perlu mendaftarkan mesin ini dalam "MF Network Scanner Selector" menggunakan prosedur berikut. Prosedur ini tidak diperlukan jika mesin dan komputer anda disambungkan melalui USB.
Fungsi imbasan tidak tersedia jika mesin dan komputer anda disambungkan dalam persekitaran IPv6. Gunakan sambungan IPv4 atau USB.
1
Klik  dalam dulang sistem.
2
Pilih kotak semak untuk mesin dan klik [OK].
29WY-01K