Skrin <Pgawas Status>

Apabila anda menekan <Pgawas Status> (), satu skrin muncul di mana anda boleh menyemak perkembangan dokumen serta status mesin (jumlah baki dalam kartrij toner dsb.) dan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin.

Skrin <Pgawas Status> bagi Model panel sentuhan

<Maklumat/Pemberitahuan Ralat>

Memaparkan butiran sebarang ralat yang berlaku. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej

<Maklumat Peranti>

Memaparkan status mesin, seperti jumlah kertas atau jumlah baki toner dalam kartrij toner.
<Maklumat Kertas>
Memaparkan sama ada kertas dimuatkan dalam setiap sumber kertas.
<Maklumat Kartrij>
Memaparkan jumlah baki dalam kartrij toner. Bahagian dalaman yang lain boleh sampai ke akhir hayat mereka sebelum toner habis.
<Pnggunan Ingatn Cetakn Selamat>
Memaparkan jumlah memori yang sedang digunakan untuk menyimpan data dokumen dilindungi. Mencetak Dokumen Yang Dilindungi dengan PIN (Cetakan Selamat)
<Maklumat Versi>
Memaparkan maklumat versi perisian tegar.
<Nombor Siri>
Memaparkan nombor siri mesin.

Status dan log bagi dokumen yang dicetak dan diterima

Memaparkan status semasa bagi item yang dipilih. Skrin <Kerja Cetak> ditunjukkan di bawah sebagai contoh.

<Maklumat Rangkaian>

Memaparkan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin dan status seperti keadaan komunikasi LAN wayarles. Melihat Tetapan Rangkaian

<KluarkMedia Ingtn>

Digunakan untuk mengeluarkan peranti memori USB dengan selamat. Ini hanya dipaparkan apabila peranti memori USB disambungkan ke mesin. Mengeluarkan Peranti Memori USB

Skrin <Pengawas Status> bagi Model LCD Hitam dan Putih

<Maklumat/Pemberitahuan Ralat>

Memaparkan butiran sebarang ralat yang berlaku. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej

<Status Peranti>

Memaparkan status mesin, seperti jumlah kertas atau jumlah baki toner dalam kartrij toner.
<Maklumat Kertas>
Memaparkan sama ada kertas dimuatkan dalam setiap sumber kertas.
<Aras Kartrij>
Memaparkan jumlah baki dalam kartrij toner. Bahagian dalaman yang lain boleh sampai ke akhir hayat mereka sebelum toner habis.
<Keluarkan Media Ingatan>
Digunakan untuk mengeluarkan peranti memori USB dengan selamat. Ini hanya dipaparkan apabila peranti memori USB disambungkan ke mesin. Mengeluarkan Peranti Memori USB
<Semak Pembilang>
Memaparkan jumlah volum cetakan. Melihat Nilai Kaunter
<Penggunaan Ingatan Cetakan Selamat>
Memaparkan jumlah memori yang sedang digunakan untuk menyimpan data dokumen dilindungi. Mencetak Dokumen Yang Dilindungi dengan PIN (Cetakan Selamat)
<Maklumat Versi>
Memaparkan maklumat versi perisian tegar.
<Nombor Siri>
Memaparkan nombor siri mesin.

Status dan log bagi dokumen yang dicetak dan diterima

Memaparkan status semasa bagi item yang dipilih. Skrin <Status Kerja Cetak> ditunjukkan di bawah sebagai contoh.

2R1Y-025