Mengkonfigurasi Tetapan Ethernet

 
Ethernet merupakan standard untuk berkomunikasi data dalam rangkaian kawasan setempat (LAN). Anda boleh menetapkan mod komunikasi dan jenis Ethernet. Secara amnya, mesin boleh digunakan tanpa mengubah (<Tetapn Pmacu Ethernet>) lalai, tetapi anda boleh mengubah tetapan ini supaya sesuai dengan persekitaran rangkaian anda.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Tetapan Rangkaian>.
Jika skrin untuk memasukkan PIN muncul, masukkan PIN yang betul. Menetapkan PIN Pengurus Sistem
3
Pilih <Tetapn Pmacu Ethernet> <Pengesanan Auto>.
4
Pilih sama ada mahu mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara automatik atau manual.
Jika pengesanan auto didayakan, mesin mengesan dan menetapkan mod komunikasi dan jenis Ethernet yang boleh digunakan secara automatik.
Mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara automatik
Pilih <Aktif>.
Mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara manual
1
Pilih <Tak Aktif>.
2
<Mod Komunikasi>  pilih mod komunikasi.
<Dupleks Separa>
Hantar dan terima data komunikasi secara berselang-seli. Pilih apabila mesin disambungkan dengan peranti rangkaian menggunakan dupleks separuh.
<Dupleks Penuh>
Hantar dan terima data komunikasi secara serentak. Guna tetapan ini untuk kebanyakan persekitaran.
3
<Jenis Ethernet>  pilih jenis Ethernet.
4
Pilih <Guna>.
3AUC-010