Menetapkan Masa Menunggu untuk Menyambung ke Rangkaian

Apabila rangkaian direka untuk menikmati kesambungan lewah dengan hab pensuisan berbilang atau jejambat, ia perlu mempunyai mekanisme untuk mengelakkan paket daripada tergelung. Satu penyelesaian yang berkesan ialah mentakrifkan tugas setiap port suis. Walau bagaimanapun, komunikasi mungkin masih terganggu selama sepuluh saat serta-merta selepas anda menukar cara peranti rangkaian disambungkan atau jika anda menambah peranti baharu. Jika jenis masalah ini berlaku, tetapkan masa menunggu untuk menyambung ke rangkaian.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Tetapan Rangkaian>.
Jika skrin untuk memasukkan PIN muncul, masukkan PIN yang betul. Menetapkan PIN Pengurus Sistem
3
Pilih <Masa Menunggu utk Sambungan di Permulaan>.
4
Masukkan masa menunggu yang diperlukan untuk memulakan komunikasi dengan rangkaian dan tekan .
3AUC-012