Helaian [Persediaan Halaman]
Anda boleh menetapkan saiz halaman, orientasi cetakan, pilihan tataletak, dll.
[Saiz Halaman]
Memaparkan saiz kertas bagi data cetakan yang disediakan dalam aplikasi.
[Saiz Output]
Menentukan saiz kertas sebenar untuk dicetak. Jika anda memilih saiz yang berbeza daripada [Saiz Halaman], data cetakan dibesarkan atau dikurangkan untuk memuatkan saiz halaman yang ditetapkan semasa mencetak.
[Salinan]
Menentukan bilangan salinan untuk dicetak.
[Orientasi]
Menentukan orientasi data cetakan.
[Tataletak Halaman]
Menentukan bilangan halaman untuk dicetak pada setiap helaian kertas.
[Butiran Poster] > Kotak Dialog [Butiran Poster]
Membolehkan anda menetapkan tetapan terperinci semasa mencetak poster.
Fungsi pencetakan poster membesarkan data cetakan bagi satu halaman dan mencetaknya pada berbilang helaian kertas. Helaian output yang digabungkan bersama akan membentuk cetakan saiz besar seperti poster.
[Cetak Sempadan Jidar]
Mencetak sempadan dengan helaian lain sebagai panduan untuk menampalkan helaian bersama.
[Tetapkan Jidar untuk Memotong/Menampal]
Menetapkan jidar untuk memotong atau menampal. Pilih kelebaran daripada [Lebar Jidar]. Semasa mencetak tanda yang menunjukkan bahagian potongan atau jidar, pilih [Cetak Tanda untuk Penjajaran].
[Halaman untuk Cetak]
Menentukan halaman untuk dicetak.
[Urutan Halaman]
Menentukan susunan halaman untuk dicetak.
[Penskalaan Manual]
Menentukan nisbah pembesaran atau pengurangan untuk pencetakan.
[Guna 1 atas 1 utk Data Hlm Tunggal]
Semasa mencetak berbilang halaman pada setiap helaian, mencetak data halaman tunggal pada satu helaian.
[Jenis Kertas]
Menentukan kertas untuk dicetak mengikut jenis kertas.
[Tera air]
Menindih dan mencetak aksara separa lut sinar seperti [RAHSIA SULIT] atau [DRAF] pada data cetakan.
[Edit Tera air] > Kotak Dialog [Edit Tera air]
Membolehkan anda mencipta dan menambahkan tera air baharu.
[Senarai Tera air]
Memaparkan tera air yang didaftarkan sebagai satu senarai. Semasa memilih tera air, pratonton dipaparkan di sebelah kiri.
[Tambah]
Menambahkan tera air baharu kepada [Senarai Tera air] sebagai [Tidak berjudul]. Anda boleh menetapkan nama tera air dalam [Nama] dan tetapannya dalam helaian [Atribut], [Penjajaran] dan [Gaya Cetak].
[Padam]
Memadam tera air yang dipilih.
[Nama]
Memaparkan nama tera air yang dipilih dalam [Senarai Tera air]. Semasa menambahkan tera air baharu, masukkan nama tera air itu.
Helaian [Atribut]
Menentukan tetapan yang berkaitan teks dalam tera air.
Helaian [Penjajaran]
[Posisi] menentukan kedudukan tera air sebagai koordinat yang relatif dengan bahagian tengah (0) dokumen. [Condong] menetapkan sudut tera air.
Helaian [Gaya Cetak]
[Jidar Tera air] menentukan sama ada bingkai dicetak di sekeliling teks. [Posisi Tera air] menetapkan kedudukan bertindan yang berkaitan dengan data cetakan. Semasa mencetak tera air pada halaman pertama sahaja, pilih [Cetak pada Halaman Pertama Sahaja].
[Saiz Kertas Tersuai] > Kotak Dialog [Tetapan Saiz Kertas Tersuai]
Membolehkan anda mendaftarkan saiz kertas yang diingini dan menggunakan saiz itu untuk pencetakan. Kertas dengan titik merah (

) di sebelahnya ialah saiz kertas standard dan tidak boleh diedit atau dipadam.
[Pilihan Halaman] > Kotak Dialog [Pilihan Halaman]
Menentukan pilihan tataletak seperti sempadan, tarikh, nombor halaman, dll.
[Tetapan Format] > Kotak Dialog [Tetapan Format]
Membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan fon semasa mencetak tarikh, nama pengguna dan/atau nombor halaman.
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai lalainya.
Topik Berkaitan