Memasang sebagai Pelayan Cetakan

Ini menerangkan cara mengkonfigurasi tetapan kongsi dan memasang pemacu supaya menggunakan komputer disambungkan ke peranti bertindak sebagai pelayan cetakan.

Prasyarat

Semasa memulakan komputer, log masuk sebagai ahli Administrators.
Skrin [Desktop] dipaparkan (apabila menggunakan Windows 8.1/Server 2012 R2)

Prosedur

1.
Mulakan pemasang → teruskan menurut arahan pada skrin.
2.
Jika skrin [Pilih Proses] dipaparkan, pilih [Tambah pencetak baharu] → klik [Seterusnya].
3.
Jika skrin [Pilih Pencetak untuk Dipasang] dipaparkan, pilih pilih peranti untuk dipasang daripada [Senarai Pencetak] → klik [Seterusnya].
4.
Pilih [Guna sebagai pencetak kongsi] → tetapkan port dalam [Port] → klik [Seterusnya].
Tukar [Nama Kongsi] jika perlu.
5.
Ikut arahan pada skrin → klik [Keluar].

Topik Berkaitan