Mendaftar Destinasi dalam Buku Alamat

Seksyen ini menerangkan cara mendaftar destinasi dari panel operasi. Anda juga boleh menggunakan Remote UI untuk mendaftar destinasi. Daftarkan Destinasi dari Remote UI
1
Pilih <Alamat Buku> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Dftr Dstinsi>.
Jika skrin yang muncul menggesa anda memasukkan PIN, masukkan PIN untuk Buku Alamat dan pilih <Guna>. Menyekat Penggunaan Buku Alamat
3
Pilih <Dail Berkod>  Pilih jenis alamat untuk didaftarkan.
Menurut alamat yang telah didaftarkan, pilih <Faks> atau <E-Mel>.
4
Pilih <Nama>.
Mendaftar <Nama> adalah pilihan. Jika anda mendaftar <Nama>, destinasi boleh dicari mengikut abjad.
5
Masukkan nama dan pilih <Guna>.
Bagaimana untuk masukkan teks, lihat Memasukkan Teks.
6
Pilih <Nombor Faks> atau <Alamat E-Mel>.
7
Masukkan destinasi dan pilih <Guna>.
Membuat tetapan terperinci (hanya apabila didaftarkan untuk faks)
8
Pilih <Guna>.
Nombor tiga digit ditetapkan ke destinasi secara automatik. Nombor ini boleh disunting selepas ia didaftarkan.
Anda boleh membuat satu kumpulan destinasi yang sudah berdaftar dalam Buku Alamat dan mendaftarkannya sebagai satu destinasi. Untuk maklumat lanjut, lihat Mendaftar Berbilang Destinasi sebagai satu Kumpulan.
Apabila anda mahu mengubah atau memadamkan item maklumat mengenai destinasi yang berdaftar dalam Buku Alamat, lihat Mengedit Destinasi Berdaftar dalam Buku Alamat.
3K29-038