Memajukan Dokumen Yang Diterima Secara Automatik

Mesin boleh memajukan semua dokumen yang diterima ke destinasi tertentu. Walaupun anda tiada di pejabat, anda boleh menerima maklumat faks pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Menentukan Tetapan untuk Dokumen yang akan Dimajukan Secara Automatik

Semasa ciri Pemajuan diaktifkan, semua dokumen yang diterima akan dimajukan secara automatik.
<Menu> <Tetapan Faks> <Tetapan Pemajuan> <Dayakan Tetapan Pemajuan> <Aktif>  Pilih destinasi untuk dimajukan daripada Buku Alamat  

Mencetak Dokumen yang akan Dimajukan

Jika anda ingin menyemak dokumen yang akan dimajukan untuk diri anda, anda boleh menetapkan mesin supaya mencetak dokumen setiap kali ia dimajukan atau hanya mencetak dokumen yang gagal dimajukan.
<Menu> <Tetapan Faks> <Tetapan Pemajuan>  <Cetak Imej>  Pilih <Aktif> atau <Hanya Apabila Ralat Berlaku>  

Mencetak/Menghantar Semula/Memadamkan Dokumen yang Gagal Dimajukan

Anda boleh menyimpan dokumen yang gagal untuk dimajukan dalam memori, dan mencetak, menghantar semula atau memadamkannya kemudian.

Menyimpan Dokumen yang Gagal Dimajukan dalam Memori

<Menu> <Tetapan Faks> <Tetapan Pemajuan>  <Simpan Imej dalam Ingatan>  <Hanya Apabila Ralat Berlaku>  

Mencetak/Menghantar Semula/Memadamkan Dokumen yang Disimpan dalam Memori

1
Tekan .
2
Pilih <Ralat Pemajuan Faks>.
3
Pilih dokumen yang ingin anda cetak/hantar semula/padamkan.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Untuk mencetak dokumen, pilih <Cetak/Maju>  <Cetak>  <Ya>.
Untuk menghantar semula dokumen, pilih <Cetak/Maju>  <Maju>, dan tetapkan destinasi yang sewajarnya.
Untuk memadamkan dokumen, pilih <Padam> <Ya>.
3K29-04A