Skrin Rumah

Skrin Rumah dipaparkan apabila kuasa DIHIDUPKAN atau dengan menekan pada panel operasi. Gunakan skrin ini untuk menentukan tetapan dan mendaftarkan fungsi.

Skrin Rumah bagi Model Panel Sentuhan

 
 Ubah halaman
Gunakan ini untuk melihat halaman lain dalam skrin Laman Utama. Anda juga boleh menguis ke sisi untuk mengubah halaman.
 
 Jumlah baki toner dalam kartrij
Memaparkan jumlah baki toner dalam kartrij secara berperingkat.
 
 <Semak Pembilang>
Memaparkan jumlah untuk cetakan hitam dan putih serta berwarna secara berasingan. Melihat Nilai Kaunter
 
 <Log Keluar>
Gunakan butang ini untuk melog keluar dari mesin.
 
 <Pgawas Status>
Tekan untuk menyemak status cetakan, melihat sejarah penggunaan atau melihat tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin. Anda juga boleh menyemak status mesin, seperti jumlah baki kertas dan jumlah baki toner dalam kartrij atau sama ada sebarang ralat berlaku. Skrin <Pgawas Status>
 
 Ikon Wi-Fi
Dipaparkan apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles.
 
 Nama Pengguna/ID
Nama atau ID pengguna yang log masuk dipaparkan.
 
 
 <Cetakan Media Ingatan>
Mencetak fail yang disimpan dalam peranti memori USB. Mencetak dari Peranti Memori USB (Cetakan Media Memori)
 
 <Cetakn Selamat>
Gunakan fungsi ini untuk mencetak dokumen selamat. Mencetak Dokumen Yang Dilindungi dengan PIN (Cetakan Selamat)
 
 <Menu>
<Tetapan Fungsi>, <Keutamaan>, dan banyak tetapan mesin lain bermula daripada butang ini. Senarai Menu Tetapan
 
 <Tetapan Kertas>
Butang ini digunakan untuk menentukan saiz dan jenis kertas yang dimuatkan dalam laci kertas dan dulang pelbagai guna. Menentukan Saiz dan Jenis Kertas
 
 Butang Application Library (Perpustakaan Aplikasi)
Anda boleh menggunakan butang ini untuk melakukan fungsi yang mudah dengan operasi satu sentuhan. Untuk maklumat lanjut, lihat manual untuk Application Library (Perpustakaan Aplikasi) di laman web manual dalam talian.
 
 <Portal Mudah Alih>
Gunakan ini untuk mewujudkan sambungan ke peranti mudah alih. Menyambung dengan Peranti Mudah Alih
 
 
 <Tetapan Skrin Rumah>
Membenarkan anda mengubah susunan butang skrin Rumah dipaparkan. Menyesuaikan Skrin Rumah
 
 <Kemas kini Perisian Tegar>
Membolehkan anda mengemas kini perisian tegar melalui Internet. Mengemas Kini Perisian Tegar
 

Skrin Rumah bagi Model LCD Hitam dan Putih

 
 Ikon Wi-Fi
Dipaparkan apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles.
 
 Jumlah baki toner dalam kartrij
Memaparkan jumlah baki toner dalam kartrij secara berperingkat. Ini disembunyikan semasa skrin Laman Utama aktif.
 
 <Menu>
<Tetapan Fungsi>, <Keutamaan> dan banyak tetapan mesin lain bermula daripada butang ini. Senarai Menu Tetapan
 
 <Tetapan Kertas>
Butang ini digunakan untuk menentukan saiz dan jenis kertas yang dimuatkan dalam laci kertas dan dulang pelbagai guna. Menentukan Saiz dan Jenis Kertas
 
 <Cetakan Media Ingatn>
Mencetak fail yang disimpan dalam peranti memori USB. Mencetak dari Peranti Memori USB (Cetakan Media Memori)
 
 <Cetakan Selamat>
Gunakan fungsi ini untuk mencetak dokumen selamat. Mencetak Dokumen Yang Dilindungi dengan PIN (Cetakan Selamat)
 
 <Portal Mudah Alih>
Gunakan ini untuk mewujudkan sambungan ke peranti mudah alih. Menyambung dengan Peranti Mudah Alih
 
 <Susunn Pprn (Rumah)>
Membenarkan anda mengubah susunan butang skrin Rumah dipaparkan. Menyesuaikan Skrin Rumah
 
51SH-026