Menentukan Saiz dan Jenis Kertas dalam Laci Kertas

1
Pilih <Tetapan Kertas> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih laci kertas sasaran.
Apabila cassette feeding module pilihan dipasang, laci kertasnya juga dipaparkan.
 
Model panel sentuhan
 
Model LCD Hitam dan putih
3
Pilih saiz kertas.
Jika saiz kertas yang dimuatkan tidak dipaparkan, pilih <Saiz Lain>.
Apabila memuatkan kertas saiz tersuai (Model panel sentuhan)
Apabila memuatkan kertas saiz A5
Dalam orientasi landskap, pilih <A5>. Dalam orientasi potret, pilih <A5R>.
 
 
Orientasi landskap
 
Orientasi potret
Perihal <Saiz Bebas>
Jika anda kerap perlu menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Saiz Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak ketara berbeza daripada saiz kertas yang dimuatkan. <Tindakn Apbl Saiz Kertas Bebas Tdk Spadan>
4
Pilih jenis kertas.
Perihal <Bebas>
Jika anda kerap perlu menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan cetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis kertas sebenar yang dimuatkan dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak ialah [Auto], mesin beroperasi dengan cara yang sama apabila jenis kertas ialah [Biasa 1].
51SH-02R