Helaian [Tetapan Asas]

Anda boleh menetapkan fungsi cetakan asas.
Bergantung pada pemacu atau peranti yang anda gunakan, anda mungkin tidak dapat menetapkan beberapa fungsi yang diterangkan di sini.
[Saiz Halaman]
Memaparkan saiz kertas bagi data cetakan yang disediakan dalam aplikasi.
[Saiz Output]
Menentukan saiz kertas sebenar untuk dicetak. Jika anda memilih saiz yang berbeza daripada [Saiz Halaman], data cetakan dibesarkan atau dikurangkan untuk memuatkan saiz halaman yang ditetapkan semasa mencetak.
[Butiran Cetakan Sampul] > Kotak Dialog [Cetak Sampul]
Ikuti wizard untuk mengkonfigurasi tetapan yang diperlukan untuk mencetak di atas sampul surat.
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan berikut yang terdapat pada helaian yang berasingan.
[Saiz Output]/[Sumber Kertas]/[Jenis Kertas]/[Orientasi]/[Putar Data Cetak 180 Darjah]
[Salinan]
Menentukan bilangan salinan untuk dicetak.
[Orientasi]
Menentukan orientasi data cetakan.
[Tataletak Halaman]
Menentukan bilangan halaman untuk dicetak pada setiap helaian kertas.
[Penskalaan Manual]
Menentukan nisbah pembesaran atau pengurangan untuk pencetakan.
[Guna 1 atas 1 utk Data Hlm Tunggal]
Semasa mencetak berbilang halaman pada setiap helaian, mencetak data halaman tunggal pada satu helaian.
[Pencetakan 1 muka/2 muka/Buku kecil]
Menentukan kaedah untuk mengoutput data cetakan.
[Buku kecil] > Kotak Dialog [Tetapan Terperinci untuk Buku kecil]
Membolehkan anda menetapkan tetapan terperinci untuk pencetakan buku kecil, seperti longkang, pembetulan anjakan dan kertas untuk digunakan.
[+][-]
[Tetapan Jahitan Pelana]
Mencetak buku kecil yang dilipat dua dan dikokot di tengah. Semasa memangkas untuk menyamakan tepi halaman, pilih [Lipat + Jahitan Pelana + Pangkas]/[Lipat + Pangkas], dan kemudian tetapkan [Tetapan Pangkas] dalam helaian [Akhiran].
[Lokasi Pengikatan]
Menetapkan tepi kertas untuk diikat.
Jika anda menukar [Orientasi] dalam helaian [Tetapan Asas]/[Persediaan Halaman], [Lokasi Pengikatan] diubah ke kiri atau ke atas. Hubungan kedudukan tepi panjang/tepi pendek dikekalkan.
[Sela] > Kotak Dialog [Tetapan Sela]
Membolehkan anda menetapkan lebar sela.
[Kokot/Kolat/Kumpulan]
Menetapkan susunan halaman dan sama ada untuk mengokot halaman semasa mencetak berbilang salinan.
Kolat
Kumpulan
Kokot
Eko (Bebas Dawai Kokot)
[+][-]
[Mod Warna]
Bertukar antara pencetakan berwarna atau hitam putih. Untuk mengesan secara automatik setiap halaman harus dicetak dalam keadaan berwarna atau hitam putih, pilih [Auto [Warna/B&W]].
[Tetapan Bilangan Warna] > Kotak Dialog [Tetapan Bilangan Warna]
Membolehkan anda bertukar antara pencetakan warna penuh dan pencetakan dua warna.
Jika anda memilih [Dua Warna], tetapkan warna untuk digunakan dengan hitam daripada [Warna untuk Digunakan dengan Warna hitam]. Bahagian data cetakan yang tidak mempunyai data warna akan dicetak dalam warna hitam dan putih manakala bahagian yang mempunyai data warna akan dicetak dalam warna yang ditentukan.
[Pilih Pratetap Kualiti Imej] > Kotak Dialog [Pilih Pratetap Kualiti Imej]
Membolehkan anda menetapkan mod kualiti cetakan yang sepadan dengan tujuan data cetakan dengan hanya memilih tetapan.
Anda boleh menyemak status tetapan dalam pratonton tetapan.
Hasil yang memuaskan mungkin tidak diperoleh, bergantung kepada data pencetakan. Anda disyorkan untuk mencetak dan menyemak hasil terlebih dahulu.
Jika anda memilih [Tahan] atau [Simpan] di [Kaedah Output], warna mungkin berbeza berbanding pencetakan biasa.
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan cetakan pemacu kepada nilai lalai.

Topik Berkaitan