Prosedur untuk Tetapan Bahasa Penerangan Halaman bagi Peranti

Apabila memasang pemacu melalui sambungan USB, peranti perlu dikonfigurasikan. Ikut prosedur di bawah untuk memilih bahasa penerangan halaman yang sama seperti pemacu untuk digunakan.
1.
Tekan [Settings/Registration].
Bentuk atau nama butang dan kekunci mungkin berbeza, bergantung pada peranti.
Contohnya, [Settings/Registration] mungkin dipaparkan sebagai [Menu] atau [Set] atau disingkatkan.
2.
Pilih [Tetapan Fungsi] > [Pencetak].
[Tetapan Fungsi] mungkin dipaparkan sebagai [Tetapan Pengurusan Sistem], bergantung pada peranti.
3.
Pilih [Pemilihan PDL (Pasang dan Main)].
4.
Pilih bahasa penerangan halaman yang sama seperti pemacu untuk dipasang → pilih [OK].
NOTA
Tetapan di atas juga mungkin diperlukan semasa memasang pemacu faks, bergantung pada peranti.