Skrin Yang Dipaparkan pada Panel Operasi

Berikut adalah skrin utama panel operasi.
Skrin [Rumah]
Skrin ini dipaparkan apabila anda menekan [] pada panel operasi. Secara lalai, skrin [Rumah] dipaparkan selepas kuasa dihidupkan dan serta-merta selepas skrin permulaan ditutup, dan serta-merta selepas mengelog masuk. Skrin [Rumah]
Skrin [Pgawas Status]
Skrin ini dipaparkan apabila anda menekan [Pgawas Status] pada skrin [Rumah] dan lokasi lain. Gunakan skrin ini untuk memeriksa maklumat mesin, penggunaan dan log, tetapan rangkaian, dan maklumat ralat. Skrin [Pgawas Status]
Skrin [Menu]
Skrin ini dipaparkan apabila anda menekan [Menu] pada skrin [Rumah]. Gunakan skrin ini untuk mengkonfigurasi pelbagai tetapan mesin.
Apabila ID Pengurus Sistem ditetapkan, skrin log masuk mungkin dipaparkan apabila item tertentu dipilih. Hanya pengguna yang mempunyai ID dan PIN Pengurus Sistem boleh melog masuk dan menukar tetapan.
Paparan Mesej
Mesej dipaparkan pada skrin apabila berlaku ralat dan mesin kehabisan kertas atau toner dalam kartrij toner.
Sekiranya penyelesaian masalah dipaparkan, ikut arahan pada skrin untuk menyelesaikan masalah.
Jika penyelesaian masalah tidak dipaparkan, periksa sebab dan penyelesaian dengan merujuk mesej atau kod ralat.
Mesej Dipaparkan
Kod Ralat Dipaparkan
Contoh paparan:
Apabila Berlaku Ralat
Apabila Mesej Muncul di Bawah Skrin
Sekiranya mesej terlalu panjang untuk dipaparkan sekaligus, ia mungkin dipisahkan menjadi segmen lebih kecil dan dipaparkan secara bergilir-gilir.
Menukar Paparan Skrin
Anda boleh menukar paparan panel operasi seperti menukar bahasa dan unit paparan, serta menunjukkan atau menyembunyikan mesej. [Tetapan Paparan]
Anda boleh menyongsangkan warna skrin dan melaraskan kecerahan untuk membuatkan skrin lebih mudah dilihat. [Kebolehcapaian]
Mengosongkan Tetapan Secara Automatik
Secara lalai, jika tiada operasi dijalankan selepas tempoh masa tertentu, tetapan yang dikonfigurasi pada skrin akan dikosongkan, dan skrin [Rumah] dipaparkan. Anda boleh menukar masa hingga tetapan ini dikosongkan dan skrin yang dipaparkan selepasnya.
[Masa Set Semula Auto]
[Fungsi Slepas Set Semula Auto]
8KKC-02J