Skrin [Pgawas Status]

Skrin ini dipaparkan apabila anda menekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] dan lokasi lain.
Gunakan skrin ini untuk memeriksa maklumat mesin, penggunaan dan log, tetapan rangkaian, dan maklumat ralat. Anda juga boleh menggunakan skrin ini untuk menanggalkan peranti memori USB daripada mesin.
[Maklumat/Pemberitahuan Ralat]
Anda boleh memeriksa maklumat ralat yang berlaku pada mesin. Pilih langkah penyelesaian masalah mengikut butiran ralat.
Mesej Dipaparkan
Kod Ralat Dipaparkan
[Maklumat Peranti]
[Maklumat Kertas]
Periksa baki jumlah kertas bagi setiap sumber kertas.
[Maklumat Kartrij]
Periksa baki jumlah toner dalam kartrij toner.
Bahagian dalaman lain mungkin mencapai akhir hayat mereka sebelum toner habis.
[Semak Pembilang]
Periksa jumlah bilangan halaman yang dicetak, difaks dan disalin. Memeriksa Bilangan Halaman Yang Dicetak (Periksa Pengira)
[Pnggunan Ingatn Cetakn Selamat]
Periksa untuk mengetahui berapa banyak memori yang digunakan oleh data Cetakan Selamat yang disimpan untuk sementara waktu pada memori mesin.
[Maklumat Versi]
Memaparkan maklumat versi perisian tegar mesin.
[Nombor Siri]
Memaparkan nombor siri mesin.
 
[Kerja Salin/Cetak]
Memaparkan status dan log pemprosesan salin atau cetak.
Memeriksa Status dan Log Salin
Melihat Status dan Log Kerja Cetak
[Kerja TX]
Memaparkan status dan log data dan faks diimbas yang dihantar dan disimpan.
Memeriksa Status Hantar dan Simpan Serta Log Data yang Diimbas
Memeriksa Faks Yang Dihantar dan Diterima
[Kerja RX]
Memaparkan status dan log faks dan I-Faks yang diterima. Memeriksa Faks Yang Dihantar dan Diterima
[Ralat Pemajuan Faks]
Jika faks tidak dapat dimajukan tetapi masih ada dalam memori, anda boleh mencetaknya atau memajukannya ke destinasi lain, dan melihat kandungannya. Memeriksa Faks yang Gagal Untuk Dimajukan
[Maklumat Rangkaian]
[IPv4]
Periksa alamat IPv4 dan tetapan lain. Menetapkan Alamat IPv4
[IPv6]
Periksa alamat IPv6 dan tetapan lain. Menetapkan Alamat IPv6
[Jenis Sambungan Rangkaian]
Periksa sama ada mesin mempunyai sambungan berwayar atau wayarles.
Memaparkan status sambungan dan maklumat ralat apabila disambungkan dengan LAN wayarles.
[Maklumat Sambungan Langsung]
Memaparkan status sambungan apabila disambungkan secara langsung ke peranti.
[Maklumat Ralat IEEE 802.1X]
Memaparkan butiran ralat yang berlaku dengan pengesahan IEEE 802.1X.
 
[KluarkMedia Ingtn]
Dipaparkan apabila peranti memori USB disambungkan. Tekan untuk mengeluarkan peranti memori USB. Menanggalkan Peranti Memori USB
[Alamat IP]
Memaparkan alamat IPv4 mesin secara lalai. Anda juga boleh menyembunyikan ini. [Papar Alamat IP]
8KKC-02L