Menentukan Destinasi (Input Langsung)

Untuk menentukan destinasi yang tidak didaftarkan ke Buku Alamat atau pelayan LDAP, masukkan destinasi itu secara langsung menggunakan skrin imbas atau faks dari panel operasi.

Menggunakan Skrin Imbas

1
Di tab [Tentukan Destinasi] skrin imbas, tekan [Guna Papan Kekunci].
2
Masukkan alamat e-mel, dan tekan [Guna].
Destinasi itu telah ditentukan.

Menggunakan Skrin Faks

Pada tab [Mskkn Destns] skrin faks, masukkan nombor faks.
Jika mesin disambungkan melalui Pertukaran Cawangan Persendirian (PBX), tekan [R] sebelum memasukkan destinasi dengan kekunci angka. Jika [R] tidak tersedia, anda mesti mendaftarkan tetapan kekunci R. [Tetapan Kunci R]
Jika anda memasukkan nombor faks yang salah, tekan [] untuk mengosongkan nombor tersebut.
Untuk memasukkan destinasi kedua dan seterusnya, tekan [Destns Strsnya]. Jika skrin [Sah] dipaparkan, masukkan nombor faks semula, dan tekan [Guna].
Apabila menghantar faks ke destinasi antarabangsa, masukkan nombor akses antarabangsa, kod negara, dan nombor faks mengikut urutan itu. Jika anda tidak dapat menyambung, tekan [Jeda] di antara nombor itu untuk menambah jeda. Anda boleh menukar masa jeda. [Tetapkan Masa Jeda]
8KKC-03W