Apabila menghantar atau menyimpan data yang diimbas atau faks, tentukan destinasi menggunakan kaedah di bawah. Kaedah menentukan destinasi dan bilangan destinasi yang dapat ditentukan adalah berbeza-beza bergantung pada fungsi dan destinasi.
Menentukan Destinasi
Apabila menghantar data yang diimbas melalui e-mel atau I-Faks, anda boleh menentukan destinasi untuk medan Cc dan Bcc hanya daripada Buku Alamat.
Anda boleh menentukan berbilang destinasi dengan mengulangi operasi menentukan destinasi. Namun, anda tidak boleh menentukan berbilang lokasi simpan fail (folder kongsi atau pelayan FTP) sebagai destinasi.
Apabila Mengeluarkan Destinasi Khusus selepas Menentukan Berbilang Destinasi
Gunakan prosedur berikut:
Pada skrin imbas atau faks, pilih [Sahkan Destinasi] pilih kotak semak destinasi atau kumpulan untuk dikeluarkan [Keluar drpd Dest.] [Ya].
Jika anda memilih kotak semak kumpulan, anda boleh menekan [Butiran] [Destinasi] untuk melihat destinasi yang didaftarkan kepada kumpulan itu. Anda tidak boleh mengeluarkan destinasi yang didaftarkan kepada kumpulan secara individu.
Mengesahkan Destinasi
Skrin untuk mengesahkan sama ada destinasi yang ditentukan adalah betul mungkin dipaparkan bergantung pada tetapan mesin. Selain itu, kaedah untuk menentukan destinasi mungkin terhad, dan penghantaran mungkin dihadkan hanya untuk destinasi tertentu. Mencegah Kesilapan Penghantaran Data dan Kebocoran Maklumat
This site uses cookies to provide its contents and functions and improve their qualities etc. You can find out more about our use of the cookies here. If you select "Reject", only cookies necessary to provide the contents and functions of the site are recorded and stored.