Menentukan Destinasi (Pelayan LDAP)
Apabila maklumat pengguna diuruskan oleh pelayan LDAP, anda boleh mencari maklumat tersebut menggunakan skrin imbasan atau faks panel operasi dan menentukan destinasi.
Apabila anda log masuk dengan penghantaran yang disahkan (pengesahan pelayan LDAP), anda juga boleh menentukan alamat e-mel pengguna yang log masuk.
Persediaan Yang Diperlukan |
|
1
Di tab [Tentukan Destinasi] skrin imbas atau faks, tekan [Pelayan LDAP].
Apabila anda log masuk dengan penghantaran yang disahkan dan anda ingin menentukan alamat e-mel pengguna yang log masuk, tekan [Tentukan Saya sebagai Destinasi]. Operasi selepas itu tidak diperlukan.
2
Pilih pelayan LDAP.
3
Pilih item carian, dan tentukan rentetan carian.
Masukkan rentetan untuk dicari, dan tekan [Guna].
Anda boleh menentukan berbilang item carian.
4
Pilih [Kaedah Carian], dan pilih syarat carian.
Untuk mencari pengguna yang memenuhi semua item yang ditentukan dalam Langkah 3, pilih [Mnggunakn Semua Syarat di Bawah].
Untuk mencari pengguna yang memenuhi sebarang item yang ditentukan dalam Langkah 3, pilih [Mggunakn Bberapa Syarat di Bawah].
5
Tekan [Mula Mencari].
Pengguna yang memenuhi syarat carian dipaparkan.
Apabila skrin pengesahan dipaparkan, masukkan nama pengguna dan kata laluan mesin yang didaftarkan ke pelayan LDAP, dan tekan [Guna].
6
Pilih kotak semak pengguna untuk ditentukan sebagai destinasi, dan tekan [Guna].
Destinasi telah ditentukan.