Menentukan Destinasi (Buku Alamat pada Peranti Mudah Alih)

Apabila menghantar data yang diimbas melalui e-mel, anda boleh menentukan destinasi yang didaftarkan ke Buku Alamat pada peranti mudah alih menggunakan skrin imbas panel operasi.
Persediaan Yang Diperlukan
Pasangkan Canon PRINT Business kepada peranti mudah alih. Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Mencetak dan Mengimbas (Canon PRINT Business)
Konfigurasikan tetapan untuk membolehkan mesin menyambung ke Buku Alamat pada peranti mudah alih. [Ptkan Almt Prnt Mdh Alih Buku]
1
Di tab [Tentukan Destinasi] skrin imbas, tekan [Portal Mudah Alih].
2
Sambungkan kepada peranti mudah alih. Menyambungkan Peranti Mudah Alih ke Mesin
3
Hantarkan maklumat destinasi daripada peranti mudah alih ke mesin.
Untuk butiran mengenai penghantaran, lihat manual Canon PRINT Business di laman web manual dalam talian.
Anda juga boleh menghantar subjek, mesej, dan nama fail yang dimasukkan pada peranti mudah alih ke mesin.
4
Sahkan maklumat destinasi yang dipaparkan di skrin mesin, dan tekan [OK].
Destinasi telah ditentukan.
8KKC-03Y