Memasukkan dan Menanggalkan Peranti Memori USB

Anda boleh memasukkan peranti memori USB ke dalam mesin untuk membuat pertukaran data antara mesin dan peranti memori USB.
Gunakan panel operasi untuk menanggalkan peranti memori USB dengan selamat daripada mesin.
Anda boleh menggunakan peranti memori USB dengan sistem fail FAT16 (maksimum 2 GB) atau FAT32 (maksimum 32 GB).
Menyimpan Data ke Peranti Memori USB
Data mungkin tidak dapat disimpan dengan betul bergantung pada peranti memori USB.
Peranti Tidak Disokong
Peranti memori USB dengan fungsi keselamatan
Peranti memori USB yang tidak mematuhi standard USB
Pembaca kad USB
Peranti memori USB disambungkan melalui kabel sambungan
Peranti memori USB disambungkan melalui hab USB
Mengendalikan Peranti Memori USB
Jangan keluarkan peranti memori USB atau mengenakan renjatan atau getaran atau mematikan mesin semasa data sedang diimport atau dieksport.

Memasukkan Peranti Memori USB

Sahkan orientasi peranti memori USB, dan masukkan ke dalam port USB di bahagian depan mesin.
Sahkan Orientasi Peranti Memori USB sebelum Memasukkan
Pastikan bahawa peranti memori USB diorientasikan dengan betul sebelum memasukkannya ke port USB pada mesin. Jika anda cuba memasukkannya dalam orientasi yang tidak betul, peranti memori dan mesin mungkin rosak.

Menanggalkan Peranti Memori USB

Gunakan panel operasi untuk menanggalkan peranti memori USB dari mesin. Anda tidak boleh menanggalkan peranti memori menggunakan UI Jarak Jauh dari komputer.
Ikuti Prosedur untuk Menanggalkan Peranti Memori USB
Jika anda tidak menanggalkan peranti memori USB dengan mengikuti prosedur, peranti memori dan mesin mungkin rosak.
1
Di panel operasi, tekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] atau lokasi lain. Skrin [Rumah]
Skrin [Pgawas Status] dipaparkan.
2
Tekan [KluarkMedia Ingtn].
3
Pastikan bahawa [Media ingatan boleh dikeluarkan dengan selamat.] dipaparkan, dan kemudian tanggalkan peranti memori USB.
8KKC-041