Tetapan Imbasan Faks Dokumen Asal

Apabila menghantar faks menggunakan mesin, anda boleh menggunakan tab [Tetapan TX/RX] untuk menyesuaikan kualiti imej dan menetapkan imbasan 2 muka.
Jika penerima tidak dapat membaca teks atau faks yang dihantar tidak seperti yang diinginkan, tetapan boleh disesuaikan dan faks boleh dihantar semula.
Mendaftarkan Tetapan Kegemaran
Anda boleh mendaftarkan tetapan imbasan yang sering digunakan untuk mengimbas dokumen asal supaya mudah mencari semula tetapkan ini semasa diperlukan apabila menghantar. Mendaftarkan dan Memanggil Tetapan Kegemaran
Anda juga boleh menukar tetapan lalai untuk mengimbas dokumen asal faks. Menukar Tetapan Lalai
Memanggil Semula Tetapan Yang Lalu (Log Kerja TX)
Anda boleh menggunakan Log Kerja TX untuk memanggil semula tetapan yang pernah digunakan untuk menghantar faks pada masa lalu. Menentukan Destinasi (Log Kerja TX)

Melaraskan Kualiti Imej

Anda boleh melaraskan kualiti imej seperti apabila imej faks tidak jelas atau teks sukar dibaca.
[Resolusi]
Pilih resolusi untuk mengimbas dokumen asal.
Semakin tinggi resolusi, semakin jelas imej, tetapi semakin lama masa yang diperlukan untuk menghantar data.
[Kepadatan]
Laraskan kepadakan untuk menyesuaikan dokumen asal.
Tekan [+] untuk meningkatkan kepadatan dan [-] untuk merendahkannya.
[Ketajaman]
Laraskan kejelasan.
Tekankan kontur dan garisan untuk menjadikannya lebih jelas, atau melemahkannya agar ia lebih lembut.
Contoh pelarasan:
Untuk menjadikan teks kabur atau bentuk lebih jelas
Tekan [+].
Untuk mengurangkan moiré (hingar corak menegak) dalam foto
Tekan [-].

Tetapan Imbasan 2 Muka

Apabila mengimbas dokumen asal 2 muka, letakkan dokumen asal di penyuap, dan tetapkan [DokumAsli 2 Muka].
* Imbasan 2 muka tidak tersedia apabila menghantar fas selepas perbualan telefon.
[DokumAsli 2 Muka]
Untuk menjalankan imbasan 2 muka, pilih [Jenis Buku] atau [Jenis Kalendar]. Pilih ini mengikut orientasi atas atau bawah depan atau belakang dokumen asal yang diletakkan.
[Jenis Buku]
 
[Jenis Kalendar]
 
Atas dan bawah mempunyai orientasi yang sama
 
Atas dan bawah mempunyai orientasi berlawanan
Untuk membatalkan pengimbasan dokumen asal 2 muka, pilih [Tak Aktif].

Tetapan Pratonton

Untuk menghantar dokumen asal yang diimbas selepas pratonton data, dayakan [Pratonton].
[Pratonton]
Untuk pratonton data yang diimbas sebelum menghantar atau menyimpannya, pilih [Aktif].
Anda boleh pratonton data yang diimbas pada panel operasi selepas pengimbasan selesai. Anda boleh memadamkan halaman yang tidak mahu dihantar.
8KKC-06J