Mendaftarkan Kertas Saiz Bukan Standard pada Komputer (Saiz Tersuai)

Kertas saiz tersuai ialah kertas saiz bukan standard yang panjang sisinya boleh ditentukan sendiri.
Jika dokumen atau kertas yang hendak dicetak adalah saiz bukan standard, anda mesti mendaftarkan saiznya pada pemacu pencetak terlebih dahulu.

Semasa Menggunakan Windows

1
Klik [] (Start) [] (Settings)  [Peranti] [Pencetak dan pengimbas].
Skrin [Pencetak dan pengimbas] dipaparkan.
2
Klik pemacu pencetak mesin [Manage] [Keutamaan cetakan].
Skrin [Keutamaan cetakan] pemacu pencetak dipaparkan.
3
Di tab [Persediaan Halaman], klik [Saiz Kertas Tersuai].
4
Masukkan nama kertas saiz tersuai dan saiz kertas, dan klik [Daftar].
5
Klik [OK] [OK].
Saiz kertas tersuai didaftarkan.

Semasa Menggunakan macOS

1
Pada komputer anda, buka dokumen yang ingin anda cetak.
2
Daripada menu dalam aplikasi yang digunakan untuk membuka dokumen, klik [Cetak].
Kotak dialog pencetakan muncul.
3
Di [Pencetak], pilih pemacu pencetak mesin.
4
Di [Saiz Kertas] pilihan cetakan, pilih [Uruskan Saiz Tersuai].
Jika pilihan cetakan tidak dipaparkan, klik [Tunjukkan Butiran] di kotak dialog pencetakan.
5
Klik [+] di bahagian bawah sebelah kiri, klik dua kali pada [Tanpa Tajuk], dan masukkan nama kertas saiz tersuai.
6
Pilih saiz kertas, dan klik [OK].
Saiz kertas tersuai didaftarkan.
8KKC-04S