[Pemprosesan Khas]

Gunakan pelbagai proses untuk menyelesaikan masalah yang timbul yang disebabkan oleh faktor seperti jenis kertas, bahan yang digunakan atau keadaannya.
* Nilai dalam teks merah tebal menunjukkan tetapan lalai bagi setiap item.
 

[Pemprosesan Kertas Khas]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Pilih pemprosesan khas untuk kertas dalam situasi berikut:
Jika anda menggunakan kertas khas
Untuk mencetak di belakang kertas bercetak
Untuk kertas yang mempunyai permukaan yang kasar
Jika penutup sampul surat tersangkut
Jika kertas bergulung semasa mencetak
[Cetakan Muka Belakang Manual (2 Muka Sahaja)]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Jika anda menggunakan kertas yang telah dicetak, cetakan di bahagian belakang mungkin kelihatan pudar. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] untuk sumber kertas tersebut boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila ini ditetapkan kepada [Aktif], setelah beberapa lama selepas bahagian depan kertas dicetak, atau bergantung pada kelembapan persekitaran pengendalian, kualiti imej mungkin berubah atau kertas mungkin tersekat.
[Dulang Pelbagai Guna]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 1]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 2]*1
[Tak Akt]
[Aktif]
*1 Mungkin tidak dipaparkan bergantung pada model, pilihan yang dipasang, dan tetapan lain.
[Mod Kertas Permukaan Kasar]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Jika anda menggunakan kertas yang mempunyai permukaan yang kasar, imej yang dicetak mungkin kelihatan pudar, terutamanya apabila imej menggunakan 2 atau lebih warna toner secara bertindih. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] untuk sumber kertas tersebut boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan kelajuan cetakan berkurang atau perubahan pada kualiti imej.
[Dulang Pelbagai Guna]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 1]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 2]*1
[Tak Akt]
[Aktif]
*1 Mungkin tidak dipaparkan bergantung pada model, pilihan yang dipasang, dan tetapan lain.
[SmpulPghalangnTutupKelepak]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Bergantung pada jenis sampul surat dan persekitaran pengendalian, pentutup sampul surat mungkin melekat semasa pencetakan. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh mengurangkan kemungkinan penutup sampul surat melekat.
* Jika ini ditetapkan kepada [Aktif], cetakan mungkin menjadi pudar kerana toner tidak dicetak sepenuhnya pada kertas.
[Tak Aktif]
[Aktif]
[Pembetulan Kertas Bergulung]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Bergantung pada kertas yang digunakan, kertas mungkin bergulung semasa mencetak. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh menjadikan kertas kurang bergulung.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan cetakan menjadi pudar atau mengurangkan kelajuan cetakan.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Kurangkn Krts Jalur di Output]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Dalam pencetakan berwarna 2 sisi yang melibatkan beberapa halaman, helaian kertas bercetak mungkin melekat. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh mengurangkan kemungkinan helaian kertas melekat.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini akan memperlahankan kelajuan cetakan untuk imej yang berkemungkinan akan melekat.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Kelembapan Tinggi]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Mencetak dalam persekitaran berkelembapan tinggi boleh menyebabkan ketumpatan cetakan tidak sekata. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini dalam persekitaran yang berkelembapan rendah mungkin menyebabkan imej dan/atau teks menjadi kabur.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Kelembapan Rendah]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Mencetak dalam persekitaran berkelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan/atau teks menjadi kabur. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini dalam persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menyebabkan cetakan menjadi pudar atau tidak sekata.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[KurngKondns.(Ctk2 Mk.Bturut)]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Dalam pencetakan 2 sisi, titisan air di dalam mesin boleh menyebabkan imej yang dicetak kelihatan pudar. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh mengurangkan pemeluwapan di dalam mesin.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan cetakan menjadi pudar atau mengurangkan kelajuan cetakan.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Senyap]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Jika bunyi operasi semasa mencetak adalah kuat, memilih [Aktif] boleh mengurangkan bunyi operasi.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan akan berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Betulkan Kilat Tidak Sekata]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Kilauan yang tidak sekata mungkin berlaku di bahagian tepi kertas bercetak. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Jika ini ditetapkan kepada [Aktif], cetakan mungkin menjadi pudar kerana toner tidak dicetak sepenuhnya pada kertas.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Halangkan Kabut]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Keseluruhan kawasan putih dalam imej yang dicetak mungkin kelihatan pudar. Jika ini berlaku, memilih [Mod 1] boleh membetulkan masalah ini. Jika ini tidak dapat membetulkan masalah ini, pilih [Mod 2] dan [Mod 3] dalam turutan ini.
* Apabila tetapan ini didayakan, ketumpatan cetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Mod 1]
[Mod 2]
[Mod 3]

[Betulkan Warna Tidak Sepadan]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Ketidakpadanan warna mungkin berlaku pada imej yang dicetak. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Memilih [Aktif] boleh mengurangkan kelajuan pencetakan.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Kurangkan Pengepingan Toner]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Bergantung pada jenis kertas dan persekitaran pengendalian, toner dalam imej yang dicetak mungkin terkelupas. Jika ini berlaku, memilih [Mod 1] dalam tetapan ini boleh memperbaiki hasil cetakan. Jika ini tidak menyelesaikan masalah, pilih [Mod 2].
* Mendayakan tetapan ini boleh mengakibatkan kesan ‘ghosting’ di kawasan kosong.
[Tak Aktif]
[Mod 1]
[Mod 2]

[KesanAuto B&W/WarnaDok.Asli]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Pilih sama ada mahu mengutamakan kelajuan pencetakan atau mengehadkan penggunaan kartrij toner berwarna apabila mencetak dokumen yang mengandungi hitam dan putih serta warna lain.
Untuk mengutamakan kelajuan pencetakan, pilih [Mod 1] dalam tetapan ini.
Untuk mengehadkan penggunaan kartrij toner berwarna, pilih [Mod 2] dalam tetapan ini.
[Mod 1]
[Mod 2]

[KurangCtkSamarSlpsGantiKartrj]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Cetakan mungkin menjadi pudar sejurus selepas memasang kartrij toner yang diganti. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh memperbaiki hasil cetakan. Tetapan ini akan digunakan selepas kartrij toner digantikan pada kali seterusnya.
* Memilih [Aktif] akan menyebabkan selang masa antara menggantikan kartrij toner dan mula mencetak menjadi lebih lama berbanding biasa.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Betulkan Pembawa Kertas]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Pencetakan berterusan boleh menyebabkan kertas tersekat berulang kali. Dalam keadaan ini, memilih [Aktif] boleh mengurangkan kekerapan kertas tersekat.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Kekerapan Pembersihan ITB]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Jika sebahagian kertas yang dicetak menjadi kotor, memilih [Tinggi] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila anda memilih [Tinggi], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Standard]
[Tinggi]

[Elakkan Hingar Pencetakan]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Semasa pencetakan hitam putih, mesin mungkin mengeluarkan bunyi seolah-olah berlaku geseran. Dalam keadaan ini, memilih [Mod 1] boleh mengurangkan bunyi ini. Jika ini tidak berjaya, pilih [Mod 2].
* Apabila tetapan ini digunakan, kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Mod 1]
[Mod 2]

[Elkkn Pmdrn/Slh Pnjjrn Ctkn]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Kedudukan imej yang dicetak mungkin beranjak, atau imej mungkin kelihatan pudar. Dalam keadaan ini, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Kurangkan Cetak Sisa]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Imej dengan kesan ‘ghosting’ dan coretan mungkin muncul pada kertas yang dicetak. Dalam keadaan ini, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Betulkan Kosong]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Tompok putih mungkin kelihatan di tepi kertas apabila mencetak pada kertas yang nipis. Dalam keadaan ini, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila anda memilih [Aktif], pencetakan mungkin menjadi pudar.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Betulkan Kosong bg Kertas kasar]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Apabila anda menggunakan kertas yang mempunyai permukaan yang kasar, cetakan mungkin kelihatan tidak sekata. Dalam keadaan ini, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila anda memilih[Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]
8KKC-0AC