Tetapkan nilai gama yang digunakan apabila fail yang diimbas ditukar kepada YCbCr untuk penghantaran. Menetapkan nilai gama yang sepadan dengan paparan yang digunakan oleh penerima akan memastikan paparan imej adalah sama seperti yang asal.
[Nilai Gamma TX YCbCr]
[Gamma 1.0]
[Gamma 1.4]
[Gamma 1.8]
[Gamma 2.2]
Untuk maklumat tentang nilai gama paparan, lihat manual untuk paparan.
[Tetapan OCR (Teks Blh Dicari)]
[Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Janakan Fail]
Pilih sama ada mahu mesin mengesan teks asal dan arahnya secara automatik apabila ia menghasilkan “PDF yang boleh dicari” untuk membenarkan carian teks aksara dalam dokumen asal. Memilih [Aktif] dalam tetapan ini akan memastikan supaya PDF yang dihasilkan dipaparkan dengan orientasi yang betul pada komputer atau peranti yang serupa.
[Imbas Pintar]
[Tak Akt]
[Aktif]
[Ttpn 256-bit AES(PDF Disulitkn)]
[Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Janakan Fail]
Pilih versi Acrobat yang disokong apabila menghasilkan fail PDF yang disulitkan dengan tahap penyulitan yang ditetapkan kepada 256 bit.
This site uses cookies to provide its contents and functions and improve their qualities etc. You can find out more about our use of the cookies here. If you select "Reject", only cookies necessary to provide the contents and functions of the site are recorded and stored.