AirPrint Tidak Berfungsi
Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Adakah Kuasa Mesin Telah Dihidupkan?
Jika mesin telah dihidupkan, mulakan semula mesin, dan cuba AirPrint sekali lagi.
Memulakan semula MesinAdakah Mesej Ralat Dipaparkan Pada Panel Pengendalian?
Ikut arahan mesej ralat pada skrin untuk menyelesaikan masalah.
Mesej DipaparkanApabila Menggunakan Mac, Adakah Ia Telah Disambungkan kepada Mesin Dengan Betul?
Sambungkan Mac ke rangkaian pada LAN yang sama seperti mesin.
Menetapkan RangkaianApabila menyambung melalui USB, sambungkan Mac terus ke port USB untuk sambungan komputer di bahagian belakang mesin menggunakan kabel USB.
Bahagian BelakangAdakah Anda Dikehendaki Memasukkan ID Jabatan dan PIN Untuk Mencetak Daripada Komputer? (Apabila Menggunakan Pengurusan ID Jabatan Pada Mesin)
Jika anda dikehendaki untuk memasukkan ID Jabatan dan PIN untuk mencetak daripada komputer, mesin menghalang pencetakan daripada ID Jabatan yang tidak diketahui, supaya AirPrint tidak dapat digunakan. Untuk menggunakan AirPrint, batalkan penyekatan pencetakan apabila ID Jabatan tidak diketahui.
Mendayakan Pengurusan ID JabatanAdakah Fungsi yang Boleh Digunakan dengan AirPrint Telah Disekat?
Jika protokol (IPP atau Imbasan Pautan Rangkaian) untuk digunakan dengan AirPrint telah dinyahdayakan untuk menyekat fungsi, batalkan sekatan ini untuk membolehkan AirPrint digunakan.
Menetapkan Fungsi dan Keselamatan untuk Digunakan dengan AirPrintAdakah Bonjour Didayakan Pada Peranti Apple Anda?
Jika belum, dayakan Bonjour. Untuk maklumat lanjut, lihat manual peranti Apple anda.