Penyelesaian Masalah

Bab ini menerangkan tentang cara untuk melakukan pencarisilapan dan mempunyai jawapan untuk soalan lazim.
Pilih item untuk diperiksa daripada kandungan atau senarai di bawah.
Anda boleh mengklik [] di bahagian atas skrin untuk mencari mesej atau kod ralat (nombor tiga digit yang bermula dengan #) yang dipaparkan di panel pengendalian, dan lihat cara untuk melakukan pencarisilapan.

Soalan Lazim

Soalan Lazim Berkaitan Pengendalian

Saya Mahu Mengimbas Kertas Asal.
Buat persediaan mengikut destinasi di mana data yang diimbas disimpan serta kaedah penghantaran, dan kemudian imbas kertas asal.
Pengimbasan
Saya Mahu Menghantar Data yang Diimbas Menggunakan E-mel.
Anda boleh mengimbas kertas asal dan menghantar data yang diimbas sebagai lampiran dengan menggunakan e-mel.
Pengimbasan (Menghantar Melalui E-mel)
Saya Mahu Memajukan Faks yang Diterima.
Konfigurasikan tetapan untuk memajukan faks yang diterima secara automatik ke komputer atau mesin faks yang lain.
Memajukan dan Menyandarkan Faks yang Diterima secara Auto
Saya Mahu Menghantar Faks daripada Komputer.
Anda boleh menghantar dokumen sebagai faks daripada komputer menggunakan pemacu faks.
Menghantar Faks daripada Komputer (Hantar Faks Guna PC)
Saya Mahu Mencetak Pada Sampul.
Letakkan sampul di dalam laci kertas atau dulang serba guna dan pada masa yang sama, berikan perhatian kepada orientasi dan sisi sampul.
Kemudian, tetapkan saiz dan jenis kertas bergantung pada sampul tersebut.
Kemudian, gunakan pemacu pencetak komputer untuk menetapkan saiz kertas dokumen dan saiz kertas yang ingin dicetak, dan kemudian lakukan pencetakan.
Penyediaan dan Orientasi untuk Memuatkan Sampul Surat
Menentukan Saiz dan Jenis Kertas
Mencetak daripada Komputer
8KKC-0EL