Menentukur Peringkatan

Peringkatan adalah perubahan secara beransur-ansur kedalaman dan kecerahan warna. Jika peringkatan tidak dibuat semula dengan betul dan data yang dicetak sangat berbeza dengan data sumber atau dokumen asal, tentukur peringkatan (penentukuran).
Penentukuran peringkatan dilakukan secara automatik mengikut penggunaan mesin dan perubahan di persekitaran, tetapi ia juga dapat ditentukur secara manual, sebagaimana yang diperlukan.
Gunakan panel operasi untuk menentukur peringkatan. Anda tidak boleh menjalankan operasi ini menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer.
Anda tidak boleh melakukan penentukuran semasa mencetak atau apabila kartrij toner telah mencapai penghujung jangka hayatnya.
Kartrij toner digunakan semasa penentukuran.
Menjalankan penentukuran yang kerap mempengaruhi jangka hayat kartrij toner, tidak kira sama ada penentukuran automatik atau manual.
Jika keseimbangan warna dokumen yang dicetak berbeza daripada data sumber atau dokumen asal selepas penentukuran dilakukan, baki jumlah toner dalam kartrij toner mungkin rendah. Sebaiknya periksa jumlah toner yang berbaki di dalam kartrij toner, dan mengganti mana-mana toner, sebagaimana yang diperlukan.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
Apabila melakukan penentukuran peringkatan secara berkala, anda boleh menetapkan keutamaan untuk jangka hayat kartrij toner atau kesan penentukuran. [Laraskan Imej Mengikut]

Model Panel Sentuhan

1
Di panel operasi, tekan [Menu] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
2
Tekan [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemeringkatan Pelarasan Auto] [Laras Pantas].
Skrin [Laras Pantas] dipaparkan.
3
Tekan [Mula].
Penentukuran dilakukan.

Model LCD Hitam dan Putih

1
Di panel operasi, tekan [Menu] di skrin [Rumah], dan tekan . Skrin [Rumah]
2
Tekan [Pelarasan/Penyelenggaraan]    [Laras Kualiti Imej]    [Pemeringkatan Pelarasan Auto]    [Laras Pantas]  .
Skrin [Laras Pantas] dipaparkan.
3
Pilih [Mula], dan tekan .
Penentukuran dilakukan.
Anda boleh mengkonfigurasi tetapan untuk melakukan Pelarasan Pantas automatik secara berkala. [Laraskan Imej Auto Dgn Kerap]
8S6C-090