Mesej Dipaparkan

Jika mesej dipaparkan pada panel kawalan, pilih mesej daripada senarai di bawah dan lihat cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jika masalah berterusan walaupun selepas mencuba kaedah pencarisilapan, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan

Kartrij dram palsu atau bukan Canon mungkin sedang digunakan. Baki tinggal dlm kartrij tidak dpt dipaparkan dengan betul.

Jumlah baki gelendong kartrij tidak dipaparkan dengan betul disebabkan oleh penggunaan kartrij gelendong yang tidak dapat dijamin kualiti cetakannya.
Gantikan dengan Kartrij Gelendong Baharu.
Menggantikan Kartrij Gelendong
Bagi kualiti cetakan optimum, penggunaan kartrij gelendong Canon tulen adalah disyorkan. Senarai Bahan Guna Habis

Kartrij toner palsu atau bukan Canon mungkin sedang digunakan. Baki tinggal dalam kartrij tidak dapat dipaparkan dengan betul.

Jumlah baki toner tidak dipaparkan dengan betul disebabkan oleh penggunaan kartrij toner yang tidak dapat dijamin kualiti cetakannya.
Gantikan dengan Kartrij Toner Baharu.
Menggantikan Kartrij Toner
Bagi kualiti cetakan optimum, penggunaan kartrij toner Canon tulen adalah disyorkan. Senarai Bahan Guna Habis

Tidak boleh menganalisis sijil pelayan pengesahan.

Sijil pelayan pengesahan mungkin salah, atau ia mungkin dalam format yang tidak disokong oleh mesin.
Periksa Sijil Pelayan Pengesahan, dan Tukar Tetapan, Sebagaimana yang Diperlukan.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak boleh menukar jenis destinasi bagi destinasi yang didaftarkan pada kumpulan.

Destinasi yang dipilih didaftarkan pada kumpulan, jadi anda tidak boleh menukar jenis destinasi.
Padamkan Destinasi daripada Kumpulan, Tukar Jenis Destinasi, dan Kemudian Daftarkannya pada Kumpulan Sekali Lagi.
1
Padamkan destinasi daripada kumpulan.
Memadam Menggunakan UI Jauh
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Address Book] [One-Touch] atau [Coded Dial] pilih kumpulan yang mana destinasi didaftarkan padanya [Edit] pilih destinasi [Delete] [OK]
Memadam Menggunakan Panel Kawalan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Alamat Buku] [Butiran/Edit] pilih kumpulan yang mana destinasi didaftarkan padanya [Edit] [Bilangan Destinasi] pilih destinasi [Keluarkan] [Ya] [Guna] [Guna]
2
3

Tidak boleh mencari titik capaian.

Ralat berlaku dan menghalang mesin mengesan penghala LAN wayarles (titik capaian).
Adakah Jenis Sambungan Dikonfigurasikan Dengan Betul?
Pilih jenis sambungan (WPS) mengikut kaedah yang disokong oleh penghala LAN Wayarles. Menyambung ke LAN Wayarles dengan Menggunakan Butang Penghala (Mod Bebutang Tekan)
Adakah Anda Membuat Sambungan Dalam Tempoh yang Ditetapkan?
Apabila menyambung dengan menekan butang pada penghala LAN wayarles, tetapkan jenis sambungan pada panel kawalan mesin dan kemudian tekan butang pada penghala LAN wayarles dalam masa satu atau dua minit. Menyambung ke LAN Wayarles dengan Menggunakan Butang Penghala (Mod Bebutang Tekan)
Adakah SSID dan Kekunci Rangkaian Dikonfigurasi Dengan Betul?
Apabila memasukkan maklumat penghala LAN wayarles secara manual, periksa SSID dan kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Menetapkan Butiran (Kaedah Persediaan Manual)
Adakah Mesin dan Penghala LAN Wayarles Ditempatkan Dengan Betul?
Mesin dan penghala LAN wayarles hendaklah dipasang di lokasi yang tidak mempunyai dinding atau halangan lain antara peranti dan dalam jarak 50 m.
Jangan pasang berhampiran dengan ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar digital atau peranti lain yang menghasilkan gelombang radio.
Periksa Tetapan Keselamatan Penghala LAN Wayarles.
Untuk maklumat lanjut, lihat manual penghala LAN wayarles atau hubungi pengilang.

Tidak boleh mencetak data RX.

Data yang diterima tidak dapat dicetak disebabkan oleh masalah tertentu.
Adakah Punca dan Penyelesaian Dipaparkan pada Panel Kawalan?
Jika ya, ikut arahan pada skrin.
Adakah Panel Kawalan, Penutup Belakang atau Penutup Toner Mesin Terbuka?
Tutup penutup jika ia terbuka.
Adakah Kertas Telah Dimuatkan?
Jika belum, muatkan kertas. Memuatkan Kertas
Adakah Kertas Tersekat?
Jika ya, keluarkan sebarang kertas yang tersekat. Kertas Tersekat
Adakah Kartrij Toner atau Kartrij Gelendong Telah Mencapai Penghujung Jangka Hayatnya?
Periksa jumlah baki dalam kartrij toner atau kartrij gelendong dan gantikan mana-mana kartrij toner atau kartrij gelendong seperti yang diperlukan.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
Menggantikan Kartrij Gelendong

Tidak boleh menerima faks. Pastikan faks telah dihantar dengan betul oleh penghantar.

Operasi tidak dilakukan dalam masa yang ditetapkan apabila menerima faks secara manual, dan mesin tamat masa.
Apabila Anda Mendengar Bunyi Bip Semasa Menerima Faks, Tekan [Mula Menerima] Dalam Masa 35 Saat.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Faks] [Mula Menerima]

Tidak boleh menghantar kerana lebih daripada satu destinasi telah ditentukan.

Penghantaran faks ke beberapa destinasi disekat.
Untuk Membatalkan Sekatan, Tukar Tetapan [Restrict Sequential Broadcast].
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Settings/Registration] [TX Settings] [Fax TX Settings] [Edit] in [Restrict Sequential Broadcast], pilih [Off] [OK]
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengubah tetapan. [Hadkan Penyiaran Berjujukan]

Tidak boleh menentukan kumpulan.

Jika anda menekan [Sambung] apabila menghantar faks, anda tidak akan dapat memilih destinasi kumpulan.
Pilih destinasi tanpa menekan [Sambung].

Tukar kata laluan pengesahan.

Kata laluan telah luput.
Tetapkan kata laluan baharu.

Semak tetapan pengesahan.

Kaedah pengesahan yang ditetapkan pada mesin tidak sepadan dengan kaedah pengesahan yang ditetapkan pada pelayan RADIUS.
Periksa Kaedah Pengesahan yang Ditetapkan pada Pelayan RADIUS dan Tetapkannya Dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak dpt menyambung menggunakan LAN wayarles.

Ralat berlaku, menghalang mesin daripada menyambung ke LAN wayarles.
Mulakan semula Mesin, dan Konfigurasikan Sambungan LAN Wayarles Sekali Lagi.
Menyambungkan ke LAN Wayarles
Adakah Mesin dan Penghala LAN Wayarles (Titik Capaian) Ditempatkan Dengan Betul?
Mesin dan penghala LAN wayarles hendaklah dipasang di lokasi yang tidak mempunyai dinding atau halangan lain antara peranti dan dalam jarak 50 m.
Jangan pasang berhampiran dengan ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar digital atau peranti lain yang menghasilkan gelombang radio.
Periksa Tetapan Keselamatan Penghala LAN Wayarles.
Untuk maklumat lanjut, lihat manual penghala LAN wayarles atau hubungi pengilang.

Tidak dpt menyambung menggunakan WPS.

Ralat berlaku, menghalang mesin daripada mewujudkan sambungan WPS.
Tunggu Sebentar, dan Konfigurasikan Tetapan Sekali Lagi.
Jika anda masih tidak dapat mewujudkan sambungan WPS, periksa sama ada penghala LAN wayarles (titik capaian) menyokong WPS.
Jika Ia Menyokong WPS
Periksa sama ada mesin dan penghala LAN wayarles telah ditempatkan dengan betul.
Mesin dan penghala LAN wayarles hendaklah dipasang di lokasi yang tidak mempunyai dinding atau halangan lain antara peranti dan dalam jarak 50 m.
Jangan pasang berhampiran dengan ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar digital atau peranti lain yang menghasilkan gelombang radio.
Jika Ia Tidak Menyokong WPS
Sambung menggunakan jenis sambungan yang lain. Menyambungkan ke LAN Wayarles

Tidak dapat menyambung.

Ralat berlaku, menghalang mesin mewujudkan sambungan secara terus.
Tunggu Sebentar, dan Cuba Sambung Sekali Lagi.
Jika anda masih tidak dapat mewujudkan sambungan, mulakan semula mesin.
Tetapkan Alamat IP Untuk Sambungan Kepada Selain Daripada "192.168.22.xx".
Mesin mesti dimulakan semula untuk menggunakan tetapan ini.
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Settings/Registration] [Network Settings] [Direct Connection Settings] [Edit] dalam [IP Address for Direct Connection], masukkan alamat IP [OK] mulakan semula mesin
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan kemudian pilih [Keutamaan] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Tetapan Sambungan Langsung]
Adakah Topeng Subnet Dikonfigurasikan Dengan Betul?
Periksa tetapan topeng subnet IPv4. Tukar tetapan jika ia tidak dikonfigurasikan dengan betul. Untuk maklumat lanjut, hubungi pentadbir rangkaian.
Melihat alamat IP yang ditetapkan pada mesin
Menetapkan Alamat IPv4

Tdk dpt menyambung. Semak tetapan kunci penyulitan.

Kekunci rangkaian (kekunci penyulitan) penghala LAN wayarles (titik capaian) tidak dikonfigurasikan dengan betul, menyebabkan sambungan terhalang.
Tetapkan semula Kekunci Rangkaian.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin. Menyambungkan ke LAN Wayarles

Tdk dpt menyambung. Blgan pranti maks yg blh dsmbgkn ke titik capaian tlh dcapai

Bilangan maksimum peranti yang boleh disambungkan kepada penghala LAN wayarles (titik capaian) telah dicapai, menyebabkan sambungan terhalang.
Kurangkan Bilangan Peranti (Pelanggan) yang Disambungkan ke Penghala LAN Wayarles.
Untuk maklumat lanjut mengenai bilangan sambungan maksimum, lihat manual penghala LAN wayarles atau hubungi pengilang.

Tidak dapat mengesan mana-mana sambungan drpd prnti wayarles.

Ralat berlaku, menghalang mesin daripada mengesan peranti mudah alih.
Adakah Anda Membuat Sambungan Dalam Tempoh yang Ditetapkan?
Sambungkan peranti mudah alih kepada mesin dalam masa lima minit selepas SSID dan kekunci rangkaian dipaparkan.

Tidak dapat melaksanakan pembersihan.

Pembersihan tidak dapat dilakukan disebabkan oleh ada kertas yang tersekat, kertas yang salah dimuatkan, atau masalah lain.
Muatkan Kertas yang Betul Dalam Laci.
Ikut arahan pada panel kawalan semasa melakukan pembersihan dan muatkan kertas yang boleh digunakan. Memuatkan Kertas di Dalam Laci
Adakah Kertas Tersekat?
Jika ya, keluarkan sebarang kertas yang tersekat. Kertas Tersekat

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Tidak boleh menganalisis sijil pelayan pengesahan.

Periksa sijil pelayan pengesahan, dan tukar tetapan, sebagaimana yang diperlukan.
Periksa Sijil Pelayan RADIUS, dan Tukar Tetapan, Sebagaimana yang Diperlukan.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Tukar kata laluan pengesahan.

Kata laluan telah luput.
Tetapkan Kata Laluan Baharu.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Semak tetapan pengesahan.

Kaedah pengesahan yang ditetapkan pada mesin tidak sepadan dengan kaedah pengesahan yang ditetapkan pada pelayan RADIUS.
Periksa Kaedah Pengesahan yang Ditetapkan pada Pelayan RADIUS dan Tetapkannya Dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Konfigurasikan maklumat pengesahan yg betul.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Konfigurasikan maklumat yg diperlukan utk pengesahan.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Tiada balasan daripada destinasi.

Sambungan rangkaian mungkin menghadapi masalah.
Periksa Status dan Tetapan Rangkaian.
Periksa kabel Ethernet dan status suis.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin.

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Sijil pelayan pengesahan telah tamat tempoh.

Sijil pelayan yang dihantar daripada pelayan RADIUS telah luput.
Periksa Tarikh Luput Pelayan RADIUS.
Menetapkan IEEE 802.1X

Tidak dapat melaksanakan pengesahan IEEE 802.1X. Sijil pelayan pengesahan adalah salah.

Sijil CA yang menyokong sijil pelayan pengesahan tidak didaftarkan pada mesin.
Periksa Maklumat Sijil Pelayan Pengesahan, dan Daftarkan Sijil CA yang Disokong.
Menetapkan IEEE 802.1X
Mendaftarkan Kekunci dan Sijil atau Sijil CA Yang Diperoleh daripada Pihak Berkuasa Pengeluar

Tdk dpt melaksanakan pgshn Knc Kongsi.Smk ttpn knc penyulitan.

Kekunci rangkaian (kekunci penyulitan) penghala LAN wayarles (titik capaian) tidak dikonfigurasikan dengan betul, atau kaedah Pengesahan WEP mesin dan penghala LAN wayarles tidak sepadan, menyebabkan Pengesahan Kekunci Kongsi terhalang.
Tetapkan semula Kekunci Rangkaian.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin. Menyambungkan ke LAN Wayarles
Padankan Kaedah Pengesahan WEP Pada Mesin dan Penghala LAN Wayarles.
Mesin boleh ditetapkan kepada Pengesahan Kekunci Kongsi, dan penghala LAN wayarles boleh ditetapkan kepada Pengesahan Sistem Terbuka. Tukar tetapan WEP mengikut kaedah pengesahan yang anda gunakan.
Apabila Menggunakan Pengesahan Sistem Terbuka
Sambungkan ke LAN wayarles menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:
Sambungkan menggunakan kaedah persediaan titik capaian. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Mencari Penghala (Kaedah Persediaan Titik Akses)
Menggunakan Kaedah Persediaan Manual, sambungkan dengan kaedah pengesahan WEP yang ditetapkan kepada [Sistem Terbuka]. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Menetapkan Butiran (Kaedah Persediaan Manual)
Apabila Menggunakan Pengesahan Kekunci Kongsi
Pada penghala LAN wayarles, tukar kaedah pengesahan WEP kepada "Kekunci Kongsi", dan sambungkan semula. Untuk kaedah persediaan, lihat manual penghala LAN wayarles atau hubungi pengilang.

Sambungan Langsung ditamatkan.

Sambungan dengan peranti mudah alih ditamatkan.
Sambungkan Secara Terus Sekali Lagi.
Menyambungkan Peranti Mudah Alih Secara Terus ke Mesin (Sambungan Terus)

Hyt krtj gelndng Akhr. Pnggantian dicadangkn.

Kartrij gelendong telah mencapai penghujung jangka hayatnya.
Anda Disyorkan untuk Menggantikannya Dengan Kartrij Gelendong Baharu.
Tekan [Paparkan Langkah Pemulihan] dan gantikan kartrij gelendong semasa mengikuti arahan pada skrin. Menggantikan Kartrij Gelendong
  [Maklumat/Pemberitahuan Ralat] [Akhir Jangka Hayat Kartrij Gelendong] [Paparkan Langkah Pemulihan]

Krtrj gelendong mcapai akhir jangka hayat.

Kartrij gelendong telah mencapai penghujung jangka hayatnya.
Anda Disyorkan untuk Menggantikannya Dengan Kartrij Gelendong Baharu.
Tekan [Paparkan Langkah Pemulihan] dan gantikan kartrij gelendong semasa mengikuti arahan pada skrin. Menggantikan Kartrij Gelendong
  [Maklumat/Pemberitahuan Ralat] [Akhir Jangka Hayat Kartrij Gelendong] [Paparkan Langkah Pemulihan]

Smbungn Mudah mlalui PC tmt krn tmt masa. Prnti akan mula sml.

30 minit telah berlalu sejak mod persediaan tanpa kabel dimulakan, tanpa ada sambungan ke komputer.
Mulakan semula Mesin, dan Mulakan Mod Persediaan Tanpa Kabel Sekali Lagi.
Kelayakan pentadbir diperlukan.
[Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Sambungan Mudah dengan PC] [Ya] mulakan tetapan pada komputer

Kunci penyulitan tdk ditetapkan dengan betul. Semak tetapan kunci penyulitan.

Kekunci rangkaian (kekunci penyulitan) penghala LAN wayarles (titik capaian) tidak dikonfigurasikan dengan betul pada mesin. Atau, kaedah Pengesahan WEP mesin tidak sepadan dengan penghala LAN wayarles.
Tetapkan semula Kekunci Rangkaian.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin. Menyambungkan ke LAN Wayarles
Padankan Kaedah Pengesahan WEP Pada Mesin dan Penghala LAN Wayarles.
Mesin boleh ditetapkan kepada Pengesahan Kekunci Kongsi, dan penghala LAN wayarles boleh ditetapkan kepada Pengesahan Sistem Terbuka. Tukar tetapan WEP mengikut kaedah pengesahan yang anda gunakan.
Apabila Menggunakan Pengesahan Sistem Terbuka
Sambungkan ke LAN wayarles menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:
Sambungkan menggunakan kaedah persediaan titik capaian. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Mencari Penghala (Kaedah Persediaan Titik Akses)
Menggunakan Kaedah Persediaan Manual, sambungkan dengan kaedah pengesahan WEP yang ditetapkan kepada [Sistem Terbuka]. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Menetapkan Butiran (Kaedah Persediaan Manual)
Apabila Menggunakan Pengesahan Kekunci Kongsi
Pada penghala LAN wayarles, tukar kaedah pengesahan WEP kepada "Kekunci Kongsi", dan sambungkan semula. Untuk kaedah persediaan, lihat manual penghala LAN wayarles atau hubungi pengilang.

Ralat IEEE 802.1X. Tdk blh menganalisis sijil playan pngshn.

Periksa sijil pelayan pengesahan, dan tukar tetapan, sebagaimana yang diperlukan.
Periksa Sijil Pelayan RADIUS, dan Tukar Tetapan, Sebagaimana yang Diperlukan.
Menetapkan IEEE 802.1X

Ralat IEEE 802.1X. Tukar kata laluan pengesahan.

Kata laluan telah luput.
Tetapkan Kata Laluan Baharu.
Menetapkan IEEE 802.1X

Ralat IEEE 802.1X. Semak tetapan pengesahan.

Kaedah pengesahan yang ditetapkan pada mesin tidak sepadan dengan kaedah pengesahan yang ditetapkan pada pelayan RADIUS.
Periksa Kaedah Pengesahan yang Ditetapkan pada Pelayan RADIUS dan Tetapkannya Dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X

Ralat IEEE 802.1X. Konfigurasi mklmt pengesahan yg betul.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Ralat IEEE 802.1X. Konfigurasi mklmt yg dperlukn utk pngshn.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Ralat IEEE 802.1X. Tiada balasan drpd destinasi.

Sambungan rangkaian mungkin menghadapi masalah.
Periksa Status dan Tetapan Rangkaian.
Periksa kabel Ethernet dan status suis.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin.

Ralat IEEE 802.1X. Sijil pelayan pngshn telah tamat tempoh.

Sijil pelayan yang dihantar daripada pelayan RADIUS telah luput.
Periksa Tarikh Luput Pelayan RADIUS.
Menetapkan IEEE 802.1X

Ralat IEEE 802.1X. Sijil pelayan pngshn adalah salah.

Sijil CA yang menyokong sijil pelayan pengesahan tidak didaftarkan pada mesin.
Periksa Maklumat Sijil Pelayan Pengesahan, dan Daftarkan Sijil CA yang Disokong.
Menetapkan IEEE 802.1X
Mendaftarkan Kekunci dan Sijil atau Sijil CA Yang Diperoleh daripada Pihak Berkuasa Pengeluar

Bilangan aksara yg salah/aksara yg tdk sah telah dmasukkn.

Kekunci rangkaian penghala LAN wayarles (titik capaian) tidak dikonfigurasikan dengan betul pada mesin.
Tetapkan semula Kekunci Rangkaian.
Periksa kekunci rangkaian penghala LAN wayarles, dan konfigurasikan tetapan dengan betul pada mesin. Menyambungkan ke LAN Wayarles

Masukkan kartrij gelendong.

Kartrij gelendong tidak dipasang dengan betul.
Menggantikan semula Kartrij Gelendong.
Menggantikan Kartrij Gelendong
Jika mesej masih dipaparkan setelah berulang kali memasang semula kartrij gelendong, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan

Masukkn kartrij toner.

Kartrij toner tidak dipasang dengan betul.
Pasang semula Kartrij Toner.
Menggantikan Kartrij Toner
Jika mesej masih dipaparkan setelah berulang kali memasang kartrij toner, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan

Ingatan adalah penuh.

Pengimbasan atau penghantaran faks tidak dapat dilakukan kerana memori yang tersedia adalah tidak mencukupi. Jika terdapat data yang menunggu untuk dicetak atau dihantar, tunggu sehingga pemprosesan selesai.
Periksa Faks Diterima yang Disimpan Dalam Memori.
Cetak atau majukannya sebagaimana yang diperlukan, dan padam mana-mana faks yang tidak diperlukan. Melihat dan Mencetak Faks Yang Disimpan Dalam Memori
 
Apabila Mengimbas, Tukar Saiz Data Kepada Fail Bersaiz Kecil.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Imbas] pilih jenis imbasan Masukkan destinasi [Format Fail] pilih format fail.
Untuk maklumat lanjut mengenai format fail, lihat yang berikut:
Menetapkan Fail / Bahagian
Apabila Menghantar Faks, Bahagikan Kertas Asal atau Kurangkan Resolusi.
Apabila menghantar kertas asal yang mempunyai banyak halaman, bahagikan kertas asal dan hantarnya.
Tukar resolusi yang ditetapkan kepada resolusi yang lebih rendah apabila mengimbas kertas asal.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Faks] [Resolusi] pilih resolusi.

Tiada balasan daripada destinasi.

Kabel Ethernet mungkin tidak disambungkan atau mungkin terdapat masalah dengan suis.
Periksa kabel Ethernet dan status suis.

Tiada respons daripada hos.

Mesin tidak disambungkan dengan betul ke rangkaian.
Periksa Tetapan Mesin dan Rangkaian, dan Sambungkan Sekali Lagi.
Apabila Disambungkan Melalui LAN Wayarles
Konfigurasikan tetapan dengan betul mengikut persekitaran penggunaan anda. Menyambungkan ke LAN Wayarles
Apabila Disambungkan Melalui LAN Berwayar
Periksa sama kabel Ethernet telah disambungkan dengan betul. Menyambungkan ke LAN Berwayar

Kertas tersekat.

Kertas tersekat di dalam mesin semasa mencetak.
Keluarkan Kertas yang Tersekat, dan Jika Pencetakan Tidak Disambung semula Secara Automatik, Cuba Cetak Sekali Lagi.
Kertas Tersekat

Pyediaan krtrj gelndng adalah dicadangkan.

Hampir tiba masanya untuk menggantikan kartrij gelendong.
Sediakan Kartrij Gelendong Baharu dan Gantikan Kartrij Toner yang Lama, Seperti yang Diperlukan.
Apabila mencetak kerja dalam jumlah yang besar, adalah disyorkan untuk menggantikan kartrij gelendong. Menggantikan Kartrij Gelendong

Pnyediaan krtrij toner adalah dicadangkan.

Hampir tiba masanya untuk menggantikan kartrij toner.
Sediakan Kartrij Toner Baharu dan Gantikan Kartrij Toner yang Lama, Seperti yang Diperlukan.
Apabila mencetak kerja dalam jumlah yang besar, adalah disyorkan untuk menggantikan kartrij toner. Menggantikan Kartrij Toner
Untuk Meneruskan Pencetakan, Ikut Prosedur di Bawah.
Apabila Memfaks atau Mencetak Laporan Automatik
Dalam keadaan berikut, data boleh disimpan pada memori mesin tanpa ia dicetak bagi mengelakkan pencetakan teks yang sukar dibaca atau imej yang sukar dilihat:
Apabila menerima faks
Apabila laporan hasil komunikasi ditetapkan untuk dicetak secara automatik (apabila mesej dipaparkan untuk kartrij toner hitam)
Untuk meneruskan pencetakan, dayakan [Continue Printing When Amount in Cartridge Is Low].
Log masuk ke Remote UI [Settings/Registration] [RX/Forwarding Settings] [Common Settings] [Edit] dalam [Common Settings] pilih [Continue Printing When Amount in Cartridge Is Low] kotak semak [OK]
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Terus Mncetak Apbl Jum.dlm Katrij Rendah]
* Apabila tetapan ini digunakan, hasil cetakan mungkin kelihatan cerah atau pudar.
Anda boleh menetapkan ini secara manual apabila mesej ini dipaparkan (apabila toner rendah). [Pprkn Masa utk Pmbrithn Prsediaan Krtrij]

Tetapkan maklumat pengesahan yg betul.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Tetapkan maklumat yang diperlukan untuk pengesahan.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Tetapkan Kaedah Pengesahan dan Maklumat Pengesahan (Kekunci dan Sijil, Kata laluan, Sijil CA) dengan Betul.
Menetapkan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Saiz/Tetapn Tdk Spadan

Saiz kertas yang dimuatkan di dalam mesin tidak sepadan yang ditetapkan pada panel kawalan atau pemacu pencetak.
Pastikan Saiz Kertas yang Dimuatkan Sama Dengan Saiz Kertas Dalam Tetapan.
Apabila Menggunakan Kertas yang Dimuatkan
Tukar tetapan saiz kertas pada panel kawalan supaya sepadan dengan saiz kertas yang dimuatkan.
Tetapan Saiz Kertas dan Jenis untuk Laci
Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Dulang Serbaguna
Apabila mencetak daripada komputer, tukar tetapan saiz kertas pada pemacu pencetak supaya sepadan dengan saiz kertas yang dimuatkan. Mencetak daripada Komputer
Apabila Memuatkan semula Kertas
Muatkan kertas dengan saiz yang ditetapkan pada panel kawalan atau pemacu pencetak. Memuatkan Kertas
Periksa bahawa kedudukan panduan kertas tidak terlalu longgar atau ketat.
 
Laci
 
Dulang Serba Guna

Menentukan dan mendaftarkan destinasi baharu telah dihadkan.

Destinasi yang boleh dipilih untuk penghantaran adalah dihadkan kepada destinasi yang didaftarkan dalam Buku Alamat.
Untuk Membatalkan Sekatan, Tukar Tetapan [Restrict New Destinations].
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Settings/Registration] [TX Settings] [Restrict New Destinations] [Edit] kosongkan kotak semak [Restrict New Destinations] [OK]
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengubah tetapan. [Hadkan Destinasi Baharu]

Sijil pelayan pengesahan telah tamat tempoh.

Sijil pelayan yang dihantar daripada pelayan RADIUS telah luput.
Periksa Tarikh Luput Pelayan RADIUS.
Menetapkan IEEE 802.1X

Sijil pelayan pengesahan adalah salah.

Sijil CA yang menyokong sijil pelayan pengesahan tidak didaftarkan pada mesin.
Periksa maklumat sijil pelayan pengesahan, dan daftarkan sijil CA yang disokong.
Menetapkan IEEE 802.1X
Mendaftarkan Kekunci dan Sijil atau Sijil CA Yang Diperoleh daripada Pihak Berkuasa Pengeluar

Nombor faks mempunyai terlalu banyak digit.

Penghantaran faks tidak dapat dilakukan kerana nombor faks yang dimasukkan mempunyai terlalu banyak angka.
Untuk Menghantar Faks, Masukkan Nombor Faks yang Tidak Melebihi Bilangan Digit Maksimum.
Jika tetapan dikonfigurasikan untuk menghantar faks selepas memasukkan nombor yang dipilih, sebelum anda memasukkan destinasi yang didaftarkan dalam Buku Alamat, anda mungkin akan melebihi bilangan digit untuk penghantaran faks. [Gunakn Buku Alamat Apabila Mod Bebas Tgn]

Ingatan telah penuh. Imbasan akan dibatalkan. Adakah anda ingin mencetak?

Pengimbasan kertas asal tidak dapat dilakukan kerana memori yang tersedia tidak mencukupi. Atau, semua halaman tidak dapat diimbas semasa pengisihan dan penyalinan.
Bahagikan Kertas Asal Kepada Beberapa Bahagian Sebelum Menyalin.
Cetak sehingga ke halaman yang telah diimbas atau batalkan kerja, dan kemudian bahagikan kertas asal kepada beberapa bahagian sebelum menyalin.
Cuba Konfigurasikan Tetapan Seperti Berikut.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Salinan] [Jenis Dokumen Asli] [Teks/Foto (Kelajuan Tinggi)].

Hyt krtrj toner Akhir. Pnggantian dicadangkn.

Kartrij toner telah mencapai penghujung jangka hayatnya.
Disyorkan Untuk Menggantikannya Dengan Kartrij Toner Baharu.
Tekan [Paparkan Langkah Pemulihan] dan gantikan kartrij toner dengan mengikuti arahan pada skrin. Menggantikan Kartrij Toner
  [Maklumat/Pemberitahuan Ralat] [Akhir Jangka Hayat Kartrij Toner] [Paparkan Langkah Pemulihan]

Kartrij toner mencapai akhir jangka hayat.

Kartrij toner telah mencapai penghujung jangka hayatnya.
Disyorkan Untuk Menggantikannya Dengan Kartrij Toner Baharu.
Tekan [Paparkan Langkah Pemulihan] dan gantikan kartrij toner dengan mengikuti arahan pada skrin. Menggantikan Kartrij Toner
  [Maklumat/Pemberitahuan Ralat] [Akhir Jangka Hayat Kartrij Toner] [Paparkan Langkah Pemulihan]

Guna UI Kwl Jauh utk mnetapkn mklmt yg perlukn utk pgesahn.

Kaedah pengesahan atau maklumat pengesahan IEEE 802.1X tidak ditetapkan dengan betul.
Periksa Tetapan IEEE 802.1X, dan Tetapkannya Dengan Betul.
Periksa yang berikut, dan tukar tetapan, sebagaimana yang diperlukan. Menetapkan IEEE 802.1X
Nama log masuk dimasukkan dengan betul.
Sekurang-kurangnya salah satu daripada kotak semak berikut ditandakan: [Use TLS], [Use TTLS], dan [Use PEAP].
Apabila menggunakan TLS, kekunci dan sijil didaftarkan.
Apabila menggunakan TTLS atau PEAP, nama pengguna dan kata laluan ditetapkan dengan betul.
9525-0F2