Menggantikan Katrij Toner
Apabila toner semakin sedikit atau habis, mesej dipaparkan yang mengarahkan anda untuk menyediakan kartrij toner baharu atau melakukan penggantian kartrij toner. Sediakan kartrij toner baharu atau lakukan penggantian kartrij toner mengikut mesej yang dipaparkan.
Peringatan Ketika Menggantikan Kartrij Toner
|
Jangan gantikan kartrij toner sehingga mesej yang mengarahkan anda berbuat demikian dipaparkan. Elakkan daripada menyentuh atau mencalarkan (  ) atau mendedahkan permukaan dram kepada cahaya. |
|
Untuk mendapatkan maklumat tentang nombor produk untuk kartrij toner, lihat Guna Habis. |
Prosedur Menggantikan Katrij Toner
Semasa menggantikan kartrij toner, ikuti arahan yang ditunjukkan di dalam video berserta arahan yang tertulis di bawah.
1
Tekan butang buka penutup penggantian toner untuk membuka penutup hadapan unit utama.
2
Pegang kartrij toner dan tarik keluar ke arah atas.
3
Keluarkan kartrij toner gantian dari kotak, goncangkan kartrij lima atau enam kali seperti yang ditunjukkan di bawah untuk mengagihkan toner di dalam kartrij dengan sama rata dan kemudian letakkan di atas permukaan rata.
Jangan tanggalkan penutup pelindung dram (

) dalam langkah ini.
4
Tanggalkan penutup perlindungan dram.
5
Pasang katrij toner.
Letakkan kartrij toner ke dalam dulang kartrij toner dan tolak kartrij tersebut sehingga ia berhenti.
Berhati-hati supaya tidak terhantuk dram pada bingkai dulang kartrij toner atau bahagian lain.
6
Tutup penutup hadapan unit utama.