Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)

Anda boleh mengendalikan mesin dari jauh dengan menggunakan pelayar Web komputer anda untuk melakukan operasi seperti menyemak status cetakan, mengubah tetapan mesin, atau mengedit Buku Alamat. Ciri mudah ini membolehkan anda terus berada di meja anda semasa mengendalikan mesin. Untuk melakukan operasi jarak jauh, masukkan alamat IP mesin di dalam pelayar Web anda dan buka halaman portal UI Kawalan Jauh. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keperluan sistem bagi UI Kawalan Jauh, lihat Persekitaran Sistem.
Cara Menggunakan UI Kawalan Jauh
Bahagian ini menghuraikan prosedur log masuk UI Kawalan Jauh dan ciri skrin utama UI Kawalan Jauh.
 
Menyemak Status Dokumen Menunggu dan Mesin
Bahagian ini menghuraikan cara menyemak status dokumen yang dicetak, serta maklumat ralat dan bilangan kertas yang tinggal.
 
Fungsi Lain yang Tersedia Apabila Menggunakan UI Kawalan Jauh
Bahagian ini menghuraikan pelbagai fungsi mudah lain yang boleh dilakukan melalui komputer dengan menggunakan UI Kawalan Jauh, seperti mengedit Buku Alamat, menyemak fail dalam Peti Masuk Faks/I-Faks daripada komputer dan menyandarkan tetapan mesin sekiranya diperlukan.
 
Jangan mengakses laman web lain semasa UI Kawalan Jauh mesin dibuka dalam pelayar Web. Pastikan juga pelayar Web ditutup jika anda berada jauh dari komputer anda semasa menukar tetapan dengan UI Kawalan Jauh, atau apabila anda selesai menukar tetapan itu.
Apabila menggunakan pelayan proksi
Anda tidak boleh mencapai mesin melalui pelayan proksi. Jika pelayan proksi digunakan dalam persekitaran anda, konfigurasikan pelayar Web anda untuk memintas pelayan proksi dan mencapai mesin secara langsung.
93WK-051