Menyalin Kedua-dua Muka Kad ID Pada Satu Helaian

 
Anda boleh menggunakan fungsi Salin Kad ID untuk menyalin bahagian hadapan dan belakang lesen memandu atau kad ID lain pada helaian kertas yang sama dengan pembesaran 100%.
Ini boleh dilakukan dengan cepat dari skrin panel operasi [Rumah] atau menggunakan . Ini berguna seperti menyalin kad ID di kaunter penerimaan tetamu.

Meletakkan kad ID pada kaca platen

1
Buka penyuap atau penutup kaca platen.
2
Letakkan bahagian hadapan kad ID menghadap ke bawah pada kaca platen dalam orientasi potret sambil menjajarkan sudut kad ID dengan sudut kiri atas kaca platen.
Letakkan kad ID jauh sedikit dari tepi kaca platen.
3
Tutup perlahan-lahan penyuap atau penutup kaca platen.

Menyalin Kad ID (Model Panel Sentuhan)

1
Di panel operasi, tekan [Salinan Kad ID] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin salin dipaparkan.
2
Tetapkan bilangan salinan.
Gunakan kekunci angka untuk memasukkan bilangan salinan.
3
Laraskan kepadatan dan kualiti imej, sebagaimana yang diperlukan.
Melaraskan Kepadatan
Melaraskan Kualiti Imej
* Apabila anda membuat salinan menggunakan fungsi Salin Kad ID, nisbah salinan ditetapkan pada 100%.
4
Tekan .
Bahagian hadapan kad ID diimbas.
5
Apabila [ImbasStrsnya:Tkn Start] dipaparkan, terbalikkan kad ID dan letakkannya di atas kaca platen.
Letakkan bahagian belakang kad ID menghadap ke bawah dengan cara yang sama seperti bahagian hadapan.
6
Tekan .
Bahagian belakang kad ID diimbas dan penyalinan bermula.
Untuk membatalkan penyalinan, tekan [Batal] [Ya]. Membatalkan Operasi Salin
Gunakan [Pengawas Status] untuk melihat status kerja salinan. Melihat Status dan Log Kerja Cetak

Menyalin Kad ID (Model LCD 5 Baris)

1
Di panel operasi, tekan . Panel pengendalian
Skrin salin dipaparkan.
2
Tetapkan bilangan salinan.
Tekan  /   [Bilangan Salinan]  , tetapkan bilangan salinan, dan kemudian tekan .
3
Laraskan kepadatan dan kualiti imej, sebagaimana yang diperlukan.
Melaraskan Kepadatan
Melaraskan Kualiti Imej
* Apabila anda membuat salinan menggunakan fungsi Salin Kad ID, nisbah salinan ditetapkan pada 100%.
4
Tekan .
Bahagian hadapan kad ID diimbas.
5
Apabila [ImbasStrsnya:Tkn Start] dipaparkan, terbalikkan kad ID dan letakkannya di atas kaca platen.
Letakkan bahagian belakang kad ID menghadap ke bawah dengan cara yang sama seperti bahagian hadapan.
6
Tekan .
Bahagian belakang kad ID diimbas dan penyalinan bermula.
Untuk membatalkan penyalinan, tekan [<Batal>]   [Ya]  . Membatalkan Operasi Salin
Gunakan [Pengawas Status] untuk melihat status kerja salinan. Melihat Status dan Log Kerja Cetak
98CR-05E