Membersihkan Penyuap

Jika sebarang gejala di bawah berlaku apabila menggunakan penyuap, lap penggelek di dalam penyuap dan kawasan pengimbasan dokumen asal penyuap untuk menghilangkan sebarang habuk dan debu grafit yang melekat.
Dokumen asal menjadi kotor
Dokumen asal kerap tersekat
Cetakan ada kesan kotor selepas pengimbasan, penyalinan, atau penghantaran faks
1
Matikan kuasa dan tanggalkan kabel kuasa daripada saluran keluar. Mematikan Mesin
Mematikan mesin akan memadamkan sebarang data yang menunggu untuk dicetak.
2
Buka dulang bekalan dokumen asal.
3
Buka penutup penyuap.
4
Lap penggelek () di dalam penyuap dan kawasan sekeliling.
Lap dengan kain yang direndam dalam air dan diperah. Seterusnya, lap dengan kain yang lembut dan kering.
5
Tutup penutup penyuap dan dulang bekalan dokumen asal.
6
Buka penyuap.
7
Lap kawasan pengimbasan dokumen asal penyuap.
Lap dengan kain yang direndam dalam air dan diperah. Seterusnya, lap dengan kain yang lembut dan kering.
8
Biarkan bahagian itu kering sepenuhnya.
9
Tutup penyuap perlahan-lahan.
10
Palamkan kabel kuasa ke soket dan hidupkan mesin. Menghidupkan Mesin
Anda boleh mengkonfigurasi mesin untuk memaparkan mesej apabila kotoran dikesan di kawasan pengimbasan dokumen asal penyuap. [Mmbritahu utk Brsihkn Kwsn Pgimbasn Asli]
98CR-09J