Cetakan Tidak Sekata

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas

Langkah 2: Memeriksa Kartrij Toner

Periksa Baki Toner Dalam Kartrij Toner.
Jika jumlah baki toner di dalam kartrij toner rendah, gantikan kartrij toner.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
* Bergantung kepada keadaan penggunaan mesin, jumlah baki toner sebenar mungkin lebih rendah daripada yang ditunjukkan atau bahagian itu mungkin merosot.

Langkah 3: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Lembap?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Model Panel Sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Tinggi] [Aktif]
Model LCD 5 Baris
Skrin [Rumah] pada panel operasi  [Menu]    [Pelarasan/Penyelenggaraan]    [Laras Kualiti Imej]    [Pemprosesan Khas]    [Mod Kelembapan Tinggi]    [Aktif]  
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang berkelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan teks menjadi kabur.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks pudar atau kabur. Meneruskan penggunaan mesin di bawah keadaan ini boleh mengakibatkan kertas tersekat, kerosakan pencetakan, kerosakan, atau masalah lain. Biarkan mesin menyesuaikan keadaannya dengan suhu dan kelembapan persekitaran selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
Adakah Mesin Dipasang di Lokasi yang Terdedah Kepada Angin Kuat Seperti daripada Penghawa Dingin?
Jika ya, tukar arah udara dan kelajuan penghawa dingin.
Jika ini tidak berkesan, menetapkan [Tukar Kaedah Suapan Kertas] kepada [Keutamaan Muka Pencetakan] boleh mengurangkan masalah ini.
Model Panel Sentuhan
[Rumah] pada panel operasi [Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Tetapan Suapan Kertas] [Tukar Kaedah Suapan Kertas]  [Laci 1]  [Keutamaan Muka Pencetakan]
Model LCD 5 Baris
[Rumah] di panel operasi [Menu]    [Tetapan Fungsi]    [Biasa]    [Tetapan Suapan Kertas]    [Tukar Kaedah Suapan Kertas]    [Laci 1]  [Keutamaan Muka Pencetakan]  
* Apabila anda memilih [Keutamaan Muka Pencetakan], kelajuan pencetakan untuk pencetakan 1 muka akan berkurang.
98CR-0A8