Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles

Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa status komputer, penghala LAN wayarles (titik capaian), dan mesin menggunakan langkah-langkah di bawah.

Langkah 1: Memeriksa Status Komputer dan Penghala LAN Wayarles

Adakah Anda Telah Mengkonfigurasi Tetapan Komputer dan Penghala LAN Wayarles?
Konfigurasikan tetapan yang diperlukan jika ia belum dikonfigurasikan.
Adakah Kabel Kuasa dan Kabel Ethernet Telah Disambungkan Dengan Betul?
Jika mana-mana kabel disambungkan dengan salah atau tercabut, sambungkannya dengan betul.
Adakah Kuasa Penghala LAN Wayarles Dihidupkan?
Jika anda tidak dapat mewujudkan sambungan walaupun kuasa telah dihidupkan, matikan kuasa komputer serta penghala dan hidupkannya semula.

Langkah 2: Memeriksa Status Mesin dan Penghala LAN Wayarles

Adakah Kuasa Mesin Telah Dihidupkan?
Jika kuasa telah dihidupkan, matikan kuasa dan hidupkannya semula.
Adakah Lokasinya Sesuai?
Mesin dan penghala LAN wayarles hendaklah dipasang di lokasi yang tidak mempunyai dinding atau halangan lain antara peranti dan dalam jarak 50 m.
Jangan pasang berhampiran dengan ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar atau peranti lain yang menghasilkan gelombang radio.

Langkah 3: Menyambungkan semula ke LAN Wayarles

Sambungkan ke LAN wayarles menggunakan jenis sambungan mengikut penghala LAN wayarles anda. Menyambungkan ke LAN Wayarles
98CW-07F