Memuatkan Kertas Pracetak
Apabila anda memuatkan kertas yang telah dipracetak dengan logo, perhatikan orientasi kertas tanpa mengira sama ada anda menggunakan laci kertas atau dulang pelbagai guna. Muatkan kertas dengan betul agar pencetakan dilakukan pada bahagian yang sama seperti logo.
|
Seksyen ini menerangkan cara untuk memuatkan kertas yang dipracetak dengan orientasi yang betul. Untuk penerangan tentang prosedur umum untuk memuatkan kertas di dalam laci kertas atau dulang pelbagai guna, lihat Kaedah Asas Memuatkan Kertas. Kaedah yang betul untuk memuatkan kertas yang dipracetak apabila <Tukar Kaedah Suapan Kertas> ditetapkan kepada <Keutamaan Muka Pencetakan> Laci kertas: bahagian logo menghadap ke bawah Sumber kertas selain laci kertas: bahagian logo menghadap ke atas |
Memuatkan Kertas yang Mempunyai Logo di dalam Laci Kertas
Kaedah memuat berbeza bergantung pada sama ada orientasi kertas bercetak logo itu potret atau landskap. Muatkan kertas yang mempunyai bahagian bercetak logo (bahagian untuk cetak) menghadap ke atas, seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi berikut.
Kertas orientasi potret | | Hasil cetakan |
| | |
| | |
Kertas orientasi landskap | | Hasil cetakan |
| | |
Memuatkan Kertas yang Mempunyai Logo di dalam Dulang Pelbagai Guna
Kaedah memuat berbeza bergantung pada sama ada orientasi kertas bercetak logo itu potret atau landskap. Muatkan kertas yang mempunyai bahagian bercetak logo (bahagian untuk cetak) menghadap ke bawah, seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi berikut.
Kertas orientasi potret | | Hasil cetakan |
| | |
| | |
Kertas orientasi landskap | | Hasil cetakan |
| | |