Menggantikan Katrij Toner
Apabila toner semakin sedikit atau habis, mesej dipaparkan yang mengarahkan anda untuk menyediakan kartrij toner baharu atau melakukan penggantian kartrij toner. Sediakan kartrij toner baharu atau lakukan penggantian kartrij toner mengikut mesej yang dipaparkan.
Peringatan Ketika Menggantikan Kartrij Toner
|
Jangan sentuh bahagian sentuhan (  ) di dalam mesin. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan pada mesin. |
|
Jangan gantikan kartrij toner sehingga mesej yang mengarahkan anda berbuat demikian dipaparkan. Pastikan anda menggunakan pemegang untuk memegang kartrij toner. Bagi mengelakkan calar pada permukaan (  ) dram di dalam mesin atau mendedahkannya pada cahaya. Jangan sentuh bahagian elektrikal (  ) atau memori kartrij toner (  ). |
|
Untuk mendapatkan maklumat tentang nombor produk untuk kartrij toner, lihat Guna Habis. |
Prosedur Menggantikan Katrij Toner
Semasa menggantikan kartrij toner, ikuti arahan yang ditunjukkan di dalam video berserta arahan yang tertulis di bawah.
1
Buka penutup depan.
2
Tarik katrij toner keluar.
3
Keluarkan kartrij toner gantian dari kotak perlindungan.
4
Goncangkan kartrij toner lima atau enam kali seperti yang ditunjukkan di bawah untuk mengagihkan toner di dalam kartrij dengan sama rata, kemudian letakkan di atas permukaan rata.
Jangan tanggalkan penutup pelindung dram (

) dalam langkah ini.
5
Tanggalkan penutup perlindungan dram.
6
Pasang katrij toner.
Selarikan kartrij toner dengan panduan kartrij toner (

) dan tolak masuk ke dalam slot sehingga ia berhenti.
Berhati-hati agar bahagian dram tidak terkena muncung slot.
Letakkan kartrij toner ke dalam slot yang ditanda dengan label warna yang sesuai (

).
7
Tutup penutup hadapan.