Mencetak Dokumen Selamat

Bahagian ini menghuraikan cara mencetak dokumen daripada aplikasi sebagai dokumen selamat.

Menghantar Dokumen Selamat daripada Komputer kepada Mesin

1
Buka dokumen dalam aplikasi dan paparkan kotak dialog cetakan.
2
Pilih pemacu pencetak untuk mesin ini dan klik [Keutamaan] atau [Sifat].
3
Pilih [Pencetakan Selamat] dalam [Kaedah Output].
Skrin timbul [Maklumat] dipaparkan. Semak mesej tersebut dan klik [Ya] atau [Tidak].
4
Tentukan tetapan cetakan sebagaimana diperlukan dan klik [OK].
Tukar tab menurut tetapan.
5
Klik [Cetak] atau [OK].
Selepas dokumen dilindungi dihantar ke mesin, ia ditahan dalam memori mesin menunggu untuk dicetak.
9Y8W-042