<Laporan Output>

Bahagian ini menghuraikan tetapan berkenaan pengeluaran laporan.
<Pencetakan 2 Muka>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Tetapan Lalai untuk Laporan Output>
Anda boleh mengeluarkan laporan seperti sejarah cetakan dan senarai tetapan dengan pencetakan dua muka.
<Laporan Status Isian Semula>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh mencetak laporan untuk menyemak status bahan kegunaan di dalam mesin.
<Senarai Data Pengguna>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak tetapan mesin dan nilai semasa mesin tersebut dalam senarai.
<Senarai Data Pengguna Rangkaian>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak tetapan rangkaian mesin dan nilai semasanya dalam senarai. Maklumat berkenaan keselamatan, seperti tetapan penapis alamat dan tetapan IPSec, juga dicetak.
<Laporan Pengurusan Komunikasi>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh mencetak laporan untuk menyemak sejarah e-mel yang diterima dengan mesin, termasuk subjek dan tarikh/masa penerimaan.
<Senarai Kiraan Halaman>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh mencetak laporan untuk menyemak bilangan cetakan* untuk setiap pengguna (ID jabatan) di dalam Pengurusan ID Jabatan.
* Dalam laporan ini, bilangan adalah berdasarkan halaman muka yang dicetak. Sebagai contoh, bilangan adalah 1 jika anda mencetak pada satu bahagian halaman dan bilangan adalah 2 jika anda mencetak pada kedua-dua bahagian halaman.
<Laporan Pembilang>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh mencetak laporan untuk menyemak jumlah bilangan halaman yang dicetak.
<Senarai Log Cetakan>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Sejarah cetakan berikut boleh disemak dalam laporan.
Sejarah dokumen dicetak daripada komputer
Sejarah e-mel diterima dan dicetak
Sejarah senarai dan laporan tetapan pencetakan
<Senarai Polisi IPSec>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak senarai tetapan untuk dasar IPSec yang didaftarkan di dalam mesin.
<Maklumat Sistem Tambahan>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak senarai maklumat untuk aplikasi yang dipasang di dalam mesin dan beberapa maklumat aplikasi sistem.
<Laporan Keputusan Import>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak hasil pengimportan dalam laporan.
<Laporan Log Kartrij Toner>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak sejarah penggunaan kartrij toner dalam laporan.
<PCL>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak tetapan PCL mesin, nilai semasanya dan fon yang tersedia dalam senarai.
<PS>
<Tetapkan>  <Laporan Output>  <Senarai Cetak>
Anda boleh menyemak tetapan PS mesin, nilai semasanya dan fon yang tersedia dalam senarai.
9Y8W-09E