Menggunakan Media Ingatan

Anda boleh memasukkan media ingatan kepada mesin secara langsung dan menggunakannya.
Media ingatan disokong kerana mematuhi standard USB 2.0. Media ingatan format FAT32/exFAT juga disokong.
Peranti dan kaedah penggunaan berikut tidak disokong.
Media ingatan dengan fungsi keselamatan
Pembaca kad memori bersambung melalui USB
Kabel sambungan atau hab USB

Bersedia Menggunakan Media Ingatan

Apabila menggunakan media ingatan, laksanakan persediaan berikut dengan lebih awal.

Mengaktifkan Media Ingatan untuk Mencetak

<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Capai Fail>  <Tetapan Media Ingatan>  <Guna Fungsi Cetak>  <Aktif>
Jika media ingatan tidak dapat dikenali walaupun ia disambungkan dengan betul, tetapkan <Gnkn Pmacu Tmbhn utk Peranti Simpnn USB> kepada <Tak Aktif>. <Gnkn Pmacu Tmbhn utk Peranti Simpnn USB>
Memaparkan skrin tetapan cetakan apabila media ingatan dimasukkan
Tetapkan <Plih Pilihan Apbl Menymbgkn Media Ingtn> kepada <Aktif>. Apabila media ingatan dimasukkan, skrin pengesahan dipaparkan dan pencetakan boleh dilaksanakan dengan segera. <Plih Pilihan Apbl Menymbgkn Media Ingtn>
*Untuk memaparkan skrin tetapan cetakan daripada media ingatan, masukkan media ingatan selepas membatalkan mod Tidur. Keluar Mod Tidur

Memasukkan/Menanggalkan Media Ingatan

Memasukkan media ingatan dengan salah atau dalam arah yang tidak betul boleh mengakibatkan masalah pada mesin atau media ingatan.

Memasukkan Media Ingatan

Masukkan ingatan USB ke dalam port USB di sebelah kanan mesin dengan orientasi yang betul.

Menanggalkan Media Ingatan

Laksanakan satu daripada operasi berikut untuk menanggalkan media.
Pilih <Keluarkan Media Ingatan> pada skrin cetakan media ingatan  <Ya> untuk <Keluarkan media ingatan?>.
Pilih  (Status Monitor)  <Status Peranti>  <Keluarkan Media Ingatan>.

Mencetak Fail pada Media Ingatan

1
Masukkan media ingatan ke dalam port USB mesin. Memasukkan/Menanggalkan Media Ingatan
2
Pilih <Media Ingatan> pada skrin <Home>. Skrin <Home>
3
Pilih <Pilih Fail dan Cetak>.
Pilih <Pilih Semua> untuk memilih semua fail.
Jika terdapat jenis fail berbilang, pilih <PDF>, <XPS>, atau <JPEG/TIFF>.
Anda boleh menyahpilih fail dengan memilih fail lain sekali lagi. Untuk menyahpilih semua fail, pilih<Kosongkan Pilihan>.
4
Pilih <Gunakan>.
Apabila menggunakan tiket cetakan untuk mencetak fail XPS
Apabila mencetak fail dalam format fail XPS, anda boleh mencetak mengikut tiket cetakan (tetapan cetakan) yang dipasang di dalam fail.
5
Tentukan tetapan cetakan sebagaimana yang diperlukan.
Pilih item untuk ditetapkan.
<Bilangan Salinan>
<Mod Warna>
<Kertas>
<N dalam 1>
<N dalam 1> tidak boleh digunakan untuk fail JPEG atau TIFF.
<2 Muka>
<Resolusi>
<Julat Pencetakan>
<Julat Pencetakn (TIFF)>
<Julat Pencetakn (TIFF)> tidak boleh digunakan untuk fail PDF, XPS, atau JPEG.
<Muatkan Saiz Kertas>
<Muatkan Saiz Kertas> tidak boleh digunakan untuk fail JPEG atau TIFF.
<Memperbesar/Mengecil>
<Memperbesar/Mengecil> tidak boleh digunakan untuk fail PDF atau XPS.
<Besarkan Kwsn Cetakan>
<Kolat>
<Kolat> tidak boleh digunakan untuk fail JPEG atau TIFF.
<Orientasi Imej>
<Orientasi Imej> tidak boleh digunakan untuk fail PDF atau XPS.
<Kedudukan Cetakan>
<Kedudukan Cetakan> tidak boleh digunakan untuk fail PDF atau XPS.
<Hafton>
6
Pilih <Mula Mencetak>.
Fail yang dipilih, dicetak.
Jika anda mahu membatalkan cetakan, pilih <Batal>  <Ya>.
7
Tanggalkan media ingatan dengan betul. Memasukkan/Menanggalkan Media Ingatan
Menanggalkan media ingatan dengan tidak betul boleh mengakibatkan masalah dengan mesin atau media ingatan.
9Y8W-04C