Memasukkan dan Menanggalkan Peranti Memori USB
Anda boleh memasukkan peranti memori USB ke dalam mesin untuk membuat pertukaran data antara mesin dan peranti memori USB.
Gunakan panel kawalan untuk menanggalkan peranti memori USB dengan selamat daripada mesin.
Anda boleh menggunakan peranti memori USB dengan sistem fail FAT16 (maksimum 2 GB) atau FAT32 (maksimum 32 GB).
|
Menyimpan Data ke Peranti Memori USBData mungkin tidak dapat disimpan dengan betul bergantung pada peranti memori USB. Peranti Tidak DisokongPeranti memori USB dengan fungsi keselamatan Peranti memori USB yang tidak mematuhi standard USB Pembaca kad USB Peranti memori USB disambungkan melalui kabel sambungan Peranti memori USB disambungkan melalui hab USB Mengendalikan Peranti Memori USBJangan keluarkan peranti memori USB atau mengenakan renjatan atau getaran atau mematikan mesin semasa data sedang diimport atau dieksport.
|
Memasukkan Peranti Memori USB
Sahkan orientasi peranti memori USB, dan masukkan ke dalam port USB di bahagian depan atau belakang mesin.
|
Sahkan Orientasi Peranti Memori USB sebelum MemasukkanPastikan bahawa peranti memori USB diorientasikan dengan betul sebelum memasukkannya ke port USB pada mesin. Jika anda cuba memasukkannya dalam orientasi yang tidak betul, peranti memori dan mesin mungkin rosak. |
Menanggalkan Peranti Memori USB
Gunakan panel kawalan untuk menanggalkan peranti memori USB dari mesin. Anda tidak boleh menanggalkan peranti memori menggunakan UI Jarak Jauh dari komputer.
|
Ikuti Prosedur untuk Menanggalkan Peranti Memori USBJika anda tidak menanggalkan peranti memori USB dengan mengikuti prosedur, peranti memori dan mesin mungkin rosak. |
Model Panel Sentuhan
1
Di panel kawalan, tekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] atau lokasi lain.
Skrin [Rumah]Skrin [Pgawas Status] dipaparkan.
2
Tekan [KluarkMedia Ingtn].
3
Pastikan bahawa [Media ingatan boleh dikeluarkan dengan selamat.] dipaparkan, dan kemudian tanggalkan peranti memori USB.
Model LCD Hitam dan Putih
1
Skrin [Pengawas Status] dipaparkan.
2
3
Pastikan bahawa [Media ingatan boleh dikeluarkn dgn slmt.] dipaparkan, dan kemudian tanggalkan peranti memori USB.