[Pemprosesan Khas]

Gunakan pelbagai proses untuk menyelesaikan masalah yang timbul yang disebabkan oleh faktor seperti jenis kertas, bahan yang digunakan atau keadaannya.
* Nilai dalam teks merah tebal menunjukkan tetapan lalai bagi setiap item.
 

[Pemprosesan Kertas Khas]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Pilih pemprosesan khas untuk kertas dalam situasi berikut:
Jika anda menggunakan bahagian belakang kertas bercetak
Jika anda mencetak pada sampul dengan permukaan kasar
Jika kertas bergulung semasa mencetak
Jika kertas renyuk atau berkedut apabila dicetak
[Cetakan Muka Belakang Manual (2 Muka Sahaja)]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Jika anda menggunakan kertas yang telah dicetak, imej atau teks mungkin kabur. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] untuk sumber kertas tersebut boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Apabila ini ditetapkan kepada [Aktif], setelah beberapa lama selepas bahagian depan kertas dicetak, atau bergantung pada kelembapan persekitaran pengendalian, kualiti imej mungkin berubah.
[Dulang Pelbagai Guna]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 1]
[Tak Akt]
[Aktif]
 
[Laci 2]*1
[Tak Akt]
[Aktif]
*1 Mungkin tidak dipaparkan bergantung pada model, pilihan yang dipasang, dan tetapan lain.
[Mod Sampul Permukaan Kasar]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Pilih [Aktif] jika anda mencetak pada sampul dengan permukaan kasar.
* Tetapan ini hanya tersedia apabila jenis kertas ditetapkan kepada [Sampul 2].
* Memilih [Aktif] mengurangkan kelajuan pencetakan.
* Memilih [Aktif] akan menyahdayakan tetapan [Pembetulan Kertas Bergulung].
[Tak Aktif]
[Aktif]
[Pembetulan Kertas Berkedut]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Bergantung pada kertas yang digunakan, percetakan boleh menyebabkan kedutan kertas. Dalam hal ini, memilih [Aktif] boleh membetulkan kertas berkedut.
* Memilih [Aktif] boleh menyebabkan pencetakan pudar atau menjadikan pencetakan lebih perlahan.
[Tak Aktif]
[Aktif]
[Pembetulan Kertas Bergulung]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Bergantung pada kertas yang digunakan, kertas mungkin bergulung semasa mencetak. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh menjadikan kertas kurang bergulung.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan cetakan menjadi pudar atau mengurangkan kelajuan cetakan.
[Tak Aktif]
[Aktif]
[KurngPgepngTnr drpd Krts Kcil Tebal]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Mencetak foto atau imej hafton lain pada kertas berat bersaiz kecil boleh menyebabkan kesan coretan di bahagian belakang kertas. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaik keputusan cetakan.
* Menetapkan [Aktif] boleh menyebabkan pencetakan perlahan.
[Tak Aktif]
[Aktif]
[Kurangkan Pnggulungan Krtas Nipis]
[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]
Kertas itu mungkin bergulung apabila anda mencetak pada kertas nipis. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh membetulkan kertas bergulung.
* Tetapan ini hanya tersedia apabila jenis kertas ditetapkan kepada [Nipis].
* Jika anda memilih [Aktif], anda tidak lagi dapat menggunakan pencetakan 2 muka automatik dengan tetapan [Nipis].
* Memilih [Aktif] boleh menyebabkan toner tidak melekat sepenuhnya pada kertas, mengakibatkan cetakan pudar.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Kurangkn Krts Jalur di Output]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Dalam pencetakan 2 muka yang melibatkan beberapa halaman, helaian kertas bercetak mungkin melekat. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh mengurangkan kemungkinan helaian kertas melekat.
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini memperlahankan kelajuan pencetakan.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Kelembapan Tinggi]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Mencetak dalam persekitaran berkelembapan tinggi boleh menyebabkan ketumpatan cetakan tidak sekata. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan.
* Menetapkan [Aktif] boleh menghasilkan variasi kepadatan cetakan dalam persekitaran dengan kelembapan yang rendah.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Kelembapan Rendah]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Mencetak dalam persekitaran kelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan/atau teks kabur. Jika ini berlaku, menetapkan [Mod 1] boleh membetulkan masalah ini. Jika ini tidak membetulkan masalah, pilih [Mod 2]
* Mendayakan tetapan ini boleh menyebabkan pencetakan samar atau tidak sekata dalam persekitaran kelembapan tinggi.
[Tak Aktif]
[Mod 1]
[Mod 2]

[Kurangkan Cetak Sisa 1]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Jika anda mencetak pada kertas bersaiz kecil dan kemudian terus mencetak pada kertas bersaiz lebih besar, imej hantu mungkin muncul di bahagian kertas yang tidak dicetak. Jika ini berlaku, menetapkan [Aktif] boleh memperbaiki keputusan cetakan.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[KurngKondns.(Ctk2 Mk.Bturut)] atau [Mod Pgurangn Titisan (Pencetakan 2 Muka)]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Dalam pencetakan 2 sisi, titisan air di dalam mesin boleh menyebabkan imej yang dicetak kelihatan pudar. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] dalam tetapan ini boleh mengurangkan pemeluwapan di dalam mesin.
* Menetapkan [Aktif] dalam tetapan ini menyebabkan pencetakan perlahan.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Pgrangn Kedut (Klmbapn)/Jalur]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Mencetak pada kertas lembap boleh menyebabkan kertas berkedut atau mencetak boleh menyebabkan coretan di tepi kertas apabila mencetak imej halftone seperti foto. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] boleh memperbaiki keputusan cetakan.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan akan berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Mod Senyap]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Jika bunyi operasi semasa mencetak adalah kuat, memilih [Aktif] boleh mengurangkan bunyi operasi.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan akan berkurang.
[Tak Aktif]
[Aktif]

[Betulkn Imej Kabur]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Bergantung pada jenis kertas dan persekitaran operasi, kotoran mungkin muncul pada kertas bercetak. Jika ini berlaku, memilih [Mod 1] boleh memperbaiki hasil cetakan. Jika itu tidak berhasil, cuba pilih [Mod 2], [Mod 3] dan kemudian [Mod 4] mengikut urutan itu.
* Mendayakan tetapan ini boleh mengurangkan kepadatan cetakan atau melambatkan pencetakan. Ia juga boleh membuat garisan kurang jelas atau menjadikannya lebih kasar.
[Tak Aktif]
[Mod 1]
[Mod 2]
[Mod 3]
[Mod 4]

[KurngGelapRuangKsgSlpsGantiKatrij]

[Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
Garisan hitam mungkin muncul serta-merta selepas menggantikan kartrij toner, dan pencetakan biasanya lebih gelap apabila mencetak pada kertas tebal. Jika ini berlaku, menetapkan [Aktif] boleh memperbaiki hasil cetakan. Tetapan ini didayakan pada kali seterusnya anda menggantikan kartrij toner.
* Jika anda memilih [Aktif], ia akan mengambil sedikit masa untuk toner diagihkan secara sama rata serta-merta selepas penggantian kartrij toner.
[Tak Aktif]
[Aktif]
9C21-079