Tompokan Putih Kelihatan
Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Memeriksa Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh DigunakanMemuatkan KertasAdakah Anda Menggunakan Kertas yang Telah Menyerap Kelembapan?
Lihat langkah berjaga-jaga, dan gantikan kertas dengan kertas yang kering.
Langkah Berjaga-jaga Semasa Mengendalikan KertasMemuatkan KertasLangkah 2: Memeriksa Kartrij Toner
Periksa Baki Toner di Dalam Kartrij Toner.
Periksa jumlah baki toner di dalam kartrij toner dan gantikan kartrij yang kekurangan toner.
Memeriksa Baki Bahan Guna HabisMenggantikan Kartrij Toner* Bergantung pada keadaan penggunaan mesin, baki toner yang sebenar mungkin kurang berbanding yang ditunjukkan atau keadaan bahagiannya mungkin merosot. Jika masalah berterusan, gantikan kartrij toner.
Langkah 3: Memeriksa Kejadian Tompokan Putih
Adakah Aksara Gelap dan Garisan Melekuk Ke Dalam?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Model Panel Sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Tinggi] [Aktif] |
Model LCD Hitam dan Putih
* Menetapkan [Aktif] boleh membawa kepada variasi kepadatan cetakan dalam persekitaran dengan kelembapan yang rendah.
Langkah 4: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Kawal Kondensasi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Model Panel Sentuhan
[Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Penyelenggaraan] [Kawal Kondensasi] [Aktif] |
Model LCD Hitam dan Putih
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan penutupan autometik akan dinyahdayakan.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Lembap?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Model Panel Sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Tinggi] [Aktif] |
Model LCD Hitam dan Putih
* Menetapkan [Aktif] boleh membawa kepada variasi kepadatan cetakan dalam persekitaran dengan kelembapan yang rendah.