Tidak Dapat Mencetak (Melalui Pelayan Cetak)

Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Bolehkah Anda Mencetak Daripada Pelayan Cetak?
Jika anda tidak dapat mencetak, periksa sambungan antara komputer dan pelayan cetak. Tidak Dapat Mencari Pelayan Cetak Untuk Disambungkan
Pasang semula Pemacu Pencetak.
Nyahpasang pemacu, dan kemudian pasangkannya semula.
Untuk maklumat mengenai penyahpasangan dan pemasangan pemacu, lihat manual pemacu di laman manual dalam talian.
https://oip.manual.canon/
Memasang dalam Windows
Gunakan pelayan cetakan untuk memasang pemacu pencetak.
Klik dua kali pada pencetak kongsi pada pelayan cetakan dan ikut arahan pada skrin untuk memasang pemacu pencetak. Memaparkan Pencetak yang Dikongsi dalam Pelayan Cetak
Adakah Anda Menggunakan Perisian Mastautin?
Jika anda menggunakan perisian mastautin, seperti perisian keselamatan, nyahdayakannya dan kemudian cuba mencetak.
Bolehkah Anda Mencetak Daripada Komputer Lain Melalui Pelayan Cetak?
Jika anda tidak dapat mencetak daripada komputer lain, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan
9C21-0AH