Mendaftarkan Kertas Bersaiz Bebas (Kertas Bersaiz Tersuai)

Anda boleh mendaftarkan sehingga lima kertas bersaiz bebas yang kerap digunakan. Saiz kertas yang didaftarkan di sini, dipaparkan pada skrin pemilihan saiz kertas untuk laci kertas dan dulang pelbagai guna (Menentukan Saiz dan Jenis Kertas dalam Laci Kertas atau Menentukan Saiz dan Jenis Kertas di dalam Dulang Pelbagai Guna).
1
Pilih <Tetapan Kertas> pada skrin <Home>. Skrin <Home>
2
Pilih <Daftar Saiz Tersuai>.
3
Pilih butang daripada <S1> hingga <S5> pilih <Daftar>.
Anda boleh memberikan nama yang mudah diingati kepada butang dengan memilih <Namakan Semula>.
Jika anda telah memilih butang yang telah didaftarkan, pilih <Edit>.
4
Tetapkan saiz kertas.
Tentukan panjang sisi <X> dan sisi <Y>. Pilih <X> atau <Y> untuk menentukan panjang setiap sisi menggunakan kekunci angka atau /.
5
Pilih <Gunakan>.
AL90-013