Menentukan Saiz dan Jenis Kertas di dalam Dulang Pelbagai Guna
|
Kertas tersangkut atau masalah pencetakan lain boleh berlaku jika saiz dan jenis kertas yang ditentukan dalam pemacu pencetak tidak sepadan dengan kertas sebenar yang dimuatkan ke dalam dulang pelbagai guna. |
1
Muatkan kertas ke dalam dulang pelbagai guna.
Memuatkan Kertas di Dalam Dulang Pelbagai GunaSkrin untuk menentukan saiz dan jenis kertas dipaparkan.
2
Tentukan saiz kertas.
Perihal <Saiz Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Saiz Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak berbeza dengan ketara berbanding saiz kertas yang dimuatkan.
<Saiz Krts Tdk Spdn utk Smbr Krts SaizBbs>Jika saiz kertas yang dipaparkan berbeza daripada saiz kertas yang dimuatkan, kertas itu mungkin tidak dimasukkan dengan betul. Muatkan kertas tersebut sekali lagi.
Apabila memuatkan kertas bersaiz standard
Pilih saiz kertas daripada <Saiz Kertas>.
Apabila memuatkan kertas bersaiz tersuai
1 | Pilih <Saiz Tersuai>. |
2 | Tentukan panjang sisi <X> dan sisi <Y>. |
| Pilih <X> atau <Y> untuk menentukan panjang setiap sisi menggunakan kekunci angka atau / . |
3 | Tekan <Gunakan>. |
Apabila memuatkan sampul surat
1 | Pilih jenis sampul surat. |
Sebelum memuatkan poskad
1 | Pilih jenis poskad. Apabila mencetak di kedua-dua muka poskad, cetak di satu muka terlebih dahulu, kemudian muatkan semula poskad tersebut di dulang pelbagai guna dan cetak muka sebelah. Jika poskad melengkung selepas mencetak pada muka yang pertama, betulkan lengkungan itu sebelum mencetak pada muka sebelah. |
3
Pilih jenis kertas.
Perihal <Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan cetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis kertas sebenar yang dimuatkan ke dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas di dalam pemacu pencetak ialah [Auto], mesin beroperasi dengan cara yang sama apabila jenis kertas ialah [Kosong 1].
Untuk menyemak tetapan terperinci bagi jenis kertas, pilih <Butiran>
pilih jenis kertas yang perlu diperiksa.
PAUTAN