Penyelenggaraan dan PemeriksaanTempoh pengekalan minimum untuk alat ganti pembaikan dan kartrij toner ialah tujuh (7) tahun selepas pengeluaran model mesin dihentikan. Jika masalah berlaku semasa operasi, lihat “Pencarisilapan” dalam Panduan Pengguna. Jika masalah masih tidak boleh diselesaikan atau anda berpendapat yang mesin perlu diperiksa, hubungi wakil penjual atau wakil servis anda. PemasanganJika anda dapati operasi mesin terlalu bising dalam sesetengah mod operasi atau disebabkan oleh persekitaran anda, kami mengesyorkan agar proses penyediaan mesin dilakukan di lokasi berasingan dari pejabat anda. Titisan air (pemeluwapan) mungkin terbentuk di dalam mesin jika bilik tempat mesin ini dipasang dipanaskan dengan cepat, atau jika mesin dipindahkan dari tempat yang sejuk dan kering ke tempat yang panas dan lembap. Penggunaan mesin dalam keadaan ini boleh mengakibatkan masalah seperti kertas tersekat, kualiti cetakan yang kurang memuaskan atau kecacatan lain. Biarkan mesin menyesuaikan dengan suhu dan kelembapan sekitar sekurang-kurangnya dua jam sebelum digunakan. Mesin mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila digunakan pada ketinggian (3000 meter atau lebih tinggi dari aras laut). |