Menggantikan Kartrij Toner

Apabila toner semakin sedikit atau habis, mesej dipaparkan yang mengarahkan anda untuk menyediakan kartrij toner baharu atau melakukan penggantian kartrij toner. Sediakan kartrij toner baharu atau lakukan penggantian kartrij toner mengikut mesej yang dipaparkan.

Peringatan Ketika Menggantikan Kartrij Toner

Jangan masukkan tangan anda ke dalam unit utama atau sentuh pelbagai bahagian.

Jangan gantikan kartrij toner sehingga mesej yang mengarahkan anda berbuat demikian dipaparkan.
Pastikan anda menggunakan pemegang untuk memegang kartrij toner.
Jangan calarkan permukaan dram () atau dedahkan kepada cahaya. Dan juga jangan sentuh bahagian sambungan elektrik ().
Untuk mengetahui butiran tentang setiap mesej, lihat Langkah tindakan untuk Setiap Mesej.
Untuk mendapatkan maklumat tentang nombor produk bagi kartrij toner, lihat Guna Habis.
Anda boleh menyemak jumlah baki toner semasa. Periksa Baki Yang Ada

Prosedur Menggantikan Kartrij Toner

Semasa menggantikan kartrij toner, ikuti arahan yang ditunjukkan di dalam video berserta arahan yang tertulis di bawah.
1
Buka penutup hadapan sambil menahan butang.
2
Angkat tuil komponen pemasangan penetap.
3
Tarik dulang katrij toner keluar.
4
Tarik kartrij toner tegak ke atas dan keluar dari mesin.
5
Keluarkan kartrij toner gantian dari kotak perlindungan.
6
Goncangkan kartrij toner lima atau enam kali seperti yang ditunjukkan di bawah untuk mengagihkan toner di dalam kartrij dengan sama rata, kemudian letakkan di atas permukaan rata.
Jangan tanggalkan penutup pelindung dram dalam langkah ini.
7
Tanggalkan penutup perlindungan dram.
8
Pasang katrij toner.
Berhati-hati supaya bahagian dram tidak terkena bingkai slot atau bahagian lain.
Letakkan kartrij toner ke dalam slot yang ditanda dengan label warna yang sesuai ().
9
Tolak dulang kartrij toner ke dalam.
10
Tekan ke bawah komponen pemasangan penetap.
Tolak kartrij toner ke bawah dengan kuat sehingga dulang kartrij toner berbunyi.
11
Tutup penutup hadapan.
AL90-019