Mengasalkan Tetapan

 
Anda boleh mengasalkan tetapan kepada nilai lalai kilang. Keutamaan pentadbir diperlukan untuk melakukan proses pengasalan.
Sebelum memulakan, pastikan bahawa tidak ada dokumen yang sedang diproses atau menunggu untuk diproses. Dokumen ini akan dipadam apabila pemulaan dilaksanakan.
Jangan MATIKAN mesin semasa proses pengasalan. Dengan melakukan demikian boleh mengakibatkan kerosakan dalam ingatan mesin.
Proses pengasalan boleh mengambil masa selama 30 minit atau lebih untuk dilengkapkan. Mesin tidak boleh digunakan semasa proses pengasalan ini berjalan.
Sebelum melakukan proses pengasalan
Sandarkan data penting anda atau eksportnya sebagai fail.
Maklumat pengesahan pengguna yang didaftarkan di dalam peranti tempatan untuk pengurusan pengesahan peribadi Mendaftar Maklumat Pengguna di dalam Peranti Tempatan
Apabila menggunakan kata laluan untuk melindungi tetapan dasar keselamatan
Kemasukan kata laluan diperlukan untuk dilaksanakan <MengasalkanSmuaTtpnKecualiTtpnRangkaian> atau <Mengasal Semua Data/Tetapan>. Menggunakan Kata Laluan untuk Melindungi Tetapan Dasar Keselamatan

Mengasalkan Tetapan Rangkaian

Anda boleh mengasalkan tetapan rangkaian kepada nilai lalai kilang.
<Tetapkan> <Tetapan Pengurusan> <Pengurusan Data> <Mengasalkan Tetapan Rangkaian> <Ya>

Mengasalkan Tetapan Panel

Anda boleh mengasalkan pelbagai tetapan kepada nilai lalai kilang.
<Tetapkan> <Tetapan Pengurusan> <Pengurusan Data> <MengasalkanSmuaTtpnKecualiTtpnRangkaian> <Ya>
Tetapan rangkaian tidak diasalkan.

Memulakan Semua Data/Tetapan

Anda boleh memulihkan semua tetapan mesin kepada nilai lalai kilang.
<Tetapkan> <Tetapan Pengurusan>  <Pengurusan Data>  <Mengasal Semua Data/Tetapan>  <Ya>.
Walaupun maklumat log kerja boleh dipadamkan dengan mengasalkan semua data/tetapan, hasil cetakan Laporan Mengasalkan Semua Data/Tetapan dicatatkan dalam log cetakan. Menyemak Status dan Sejarah Cetakan
Mungkin juga boleh untuk individu memilih beberapa tetapan mesin dan memulihkan nilai lalai kilang mereka. Tetapan/Pendaftaran
AL90-06Y