Perisian tegar baharu dikeluarkan secara berkala untuk menambahkan fungsi baharu atau menyelesaikan isu dengan fungsi sedia ada. Jika perisian tegar baharu tersedia, ikuti prosedur di bawah untuk dikemaskinikannya pada mesin. Keutamaan pentadbir diperlukan untuk mengemas kini perisian tegar. |
Jangan lakukan operasi berikut semasa mengemas kini perisian tegar. Dengan melakukannya boleh mengakibatkan ralat yang kritikal. MATIKAN kuasa utama Tanggalkan kabel LAN Lakukan komunikasi (seperti mencetak) dengan mesin daripada komputer atau aplikasi lain*1 Konfigurasikan tetapan tidur komputer anda*2 *1 Apabila mengemas kini perisian tegar dalam persekitaran rangkaian, pastikan bahawa pengguna lain tidak melakukan operasi seperti mencetak. *2 Perisian tegar mungkin tidak dikemas kini dengan betul jika komputer memasuki mod tidur. |
Bersedia mengemas kini perisian tegarMuat turun perisian tegar yang terkini daripada laman web Canon (https://global.canon/). Sandarkan data dan tetapan mesin sekiranya kemas kini perisian tegar tidak berjalan dengan lancar. Ambil perhatian mengenai proses kemas kiniMesin dihidupkan semula sebanyak beberapa kali. Proses kemas kini terganggu jika baki kerja masih ada. Skrin bertukar beberapa kali semasa proses mengemas kini. Mungkin ia mengambil sedikit masa untuk skrin bertukar, tetapi jangan tutup pelayar sehingga proses kemas kini selesai. |
Mengemas kini Perisian Tegar daripada skrin UtamaKemas kini perisian tegar juga boleh dilakukan daripada <Kms kini Prisian Tgr> pada skrin <Home>, bergantung pada rantau. Keutamaan Administrator diperlukan untuk operasi ini. |