Semak tetapan rangkaian bagi mesin. Pilih <Tetapkan> <Keutamaan> <Rangkaian> <Tetapan TCP/IP> <Tetapan IPv4> tetapkan <Guna IPv4> untuk <Aktif>. | ||||
Sediakan peranti mudah alih. Konfigurasikan peranti mudah alih untuk mengaktifkan penyambungan Wi-Fi. | ||||
Sediakan mesin untuk penyambungan. Pilih <Tetapkan> <Keutamaan> <Rangkaian> <Tetapan Sambungan Direct> tetapkan <Guna Sambungan Direct> untuk <Aktif>. Pilih <Tetapkan> <Keutamaan> <Rangkaian> <Tetapan Sambungan Direct> pilih jenis penyambungan terus untuk digunakan <Jenis Sambungan Direct>. Tekan <Portal Mudah Alih> (Skrin <Home>) <Sambungan Langsung> <Sambung>. Jika <LAN Wayarles> atau <LAN Berwayar + LAN Wayarles> dipilih dalam <Pilih Antara Muka>, <Wi-Fi Direct> tidak boleh digunakan dalam <Jenis Sambungan Direct>. <Pilih Antara Muka> |
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Canon PRINT, sila rujuk manual berkaitan. (https://global.canon/cpis/) Jika mesej <Tidak blh digunakan dgn tetapn semasa. Hubungi pengurus sistem.> dipaparkan di bahagian atas panel kawalan dan <Sambung> tidak boleh dipilih, sahkan bahawa <Guna Sambungan Direct> ditetapkan kepada <Aktif>. Jika <Guna Sambungan Direct> ditetapkan kepada <Aktif> tetapi <Sambung> tidak boleh ditekan, tukar alamat IP dalam <Tetapan Alamat IP Sambungan Direct>. <Guna Sambungan Direct> <Tetapan Alamat IP Sambungan Direct> Apabila menggunakan Mod Titik Capaian, jika mesin dimulakan dengan <Kkl Ddyakn Jk SSID/KnciRngkaian Ditntukn> tetapkan kepada <Aktif>, penyambungan terus boleh dilakukan tanpa memilih <Portal Mudah Alih> <Sambung>. <Kkl Ddyakn Jk SSID/KnciRngkaian Ditntukn> |
Penyambungan antara mesin dan peranti mudah alih ini, boleh mengambil sedikit masa untuk diwujudkan. |
Untuk menyemak peranti mudah alih yang disambungkan, pilih <Maklumat Sambungan> pada skrin <Sambungan Langsung>. |
Semasa menyambung melalui sambungan terus, anda mungkin tidak dapat menyambung ke Internet bergantung pada peranti mudah alih yang anda gunakan. Status tunggu sedia penyambungan tamat jika sambungan wayarles tidak dilaksanakan daripada peranti mudah alih dalam masa lima minit dari masa nama peranti itu dipaparkan. Jika status tanpa penghantaran data antara peranti mudah alih dan mesin berterusan semasa komunikasi dengan sambungan terus, komunikasi mungkin berakhir. Prestasi penjimatan kuasa bagi mod tidur menurun semasa menyambung melalui sambungan terus. Jika mesin digunakan dengan LAN wayarles, anda perlu memastikan mesin disambungkan kepada LAN wayarles apabila menggunakan sambungan terus. Apabila mesin tidak disambungkan kepada LAN wayarles atau proses sambungan belum selesai, proses sambungan terus tidak boleh dimulakan. Jika sambungan antara mesin dengan LAN wayarles terputus semasa komunikasi melalui sambungan terus, komunikasi mungkin berakhir. Apabila anda menyelesaikan pengendalian yang diingini, pastikan anda memutuskan sambungan antara mesin dan peranti mudah alih. Jika ia kekal bersambung, prestasi penjimatan kuasa bagi mod tidur menurun. Jika anda menggunakan sambungan terus, jangan tetapkan alamat IP secara manual pada peranti mudah alih. Berbuat demikian boleh menghalang komunikasi yang betul selepas menggunakan sambungan terus. |